Thursday, August 28, 2008

marhaban ya Ramadhan

"Dan sesiapa yang menghendaki akhirat dan berusaha mengerjakan amal² yang baik untuk akhirat dengan usaha yang layak baginya, sedang ia beriman, maka mereka yang demikian keadaannya, diberi pahala akan amal usahanya."

(Al-Isra' : 19)

==============================================================

baru je aku taip huruf 'm' kat tajuk tu.. terus display 'marhaban ya Ramadhan".. jadi ni merupakan entry kedua tajuk yg sama..


marhaban ya Ramadhan.. selamat datang Ramadhan.. selamat datang.. bulan yang telah lama kutunggu.. selamat menyambut Ramadhan buat semua.. selamat berpuasa.. aku memang tak sabar nak tunggu kedatangan Ramadhan.. tak sabar sangat (apsal kali ni rasa tak sabar bonar? umur tak pjg dah ke? ishh.. mana ada..)

azam baru aku.. aku nak cuti every 1 Ramadhan.. sebagai menyambut kedatangan Ramadhan bulan penuh kemuliaan.. dan tahun ni merupakan tahun pertama aku menyambut kedatangan bulan mulia ini dengan bercuti..

1 Ramadhan jatuh pd 1 sept yg cuti umum.. torussss aku apply cuti utk hari² berikutnya.. alhamdulillah.. cuti aku approved
2-5 sept.. makanya.. pulanglah aku ke kampung halamanku di kuala terengganu.. berpuasa bersama ibunda tercinta.. dah lama tak puasa ngan mak aku since aku kawin..

balik kampung dapatlah aku menghirup udara segar.. jauh daripada pencemaran..

nasyid ni pun bersempena dgn Ramadhan yg bakal menjelang.. ingat lagi aku masa kecik².. sambil tunggu bedil aka meriam ditembak menandakan telah masuk waktu berbuka puasa (baca: bedil aka meriam tu bukanlah berada di sebelah rumah aku tetapi berada nun di atas bukit yang dinamakan Bukit Pak Apil aka destinasi radio terengganu).. radio kat rumah aku berkumandang nasyid ni sebagai menunggu azan maghrib dilaungkan di radio.. ah.. nostalgia..

citer pasal nasyid nih..
letih aku surf kat inet nasyid nih tapi tak jumpa.. finally.. aku dapat jugak.. punya la into ngan nasyid ni.. aku siap kol tv3 mintak no tipon tv9.. nak tanya apa tajuk nasyid ni since halaqah asyik mendendangkan nasyid nih.. dengan gigihnya aku kol tv9 tapi hampasssssss kelapa.. tak pernahla dijawabnya kol aku.. tak memenuhi etika menjawab telefon sebelum deringan ketiga nih.. ada dekat 10 kali aku kol hari yg berbeza..

takpe.. small matter jer tuh.. yg penting aku dah ada nasyid ni!!!!!

sekali lagi.. selamat berpuasa buat umat Islam.. sama²la kita mengejar ganjaran pahala yang dijanjikan Allah.. sbb kita sendiri tak tau kita dapat tempuh atau tidak Ramadhan akan datang.. jika tak dapat diamalkan semua.. janganlah ditinggalkan semua.. moga Ramadhan kali ini dapat merubah diri kita ke arah yang lebih baik.. dan istiqamah dalam melaksanakan perintah Allah.. insyaAllah..

3 comments:

Anonymous said...

Norul

apa kata sempena bulan ramadhan nih norul dendangkan lagu ramadhan tu kat blog norul hehehe

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubharak

Baizah said...

salam nono...

salam ramadhan dr baizah n family..semoga ramadhan kali ini lebih baik dr yg sebelumnya.. Amin

cahaya petunjuk said...

dah dendangkan pun kat blog ni ;-))

salam ramadhan jugak utk baizah.. raya nanti jemputla dtg ke rumah!