Sunday, August 17, 2008

life is short but the art is long

"Wahai manusia! Sesungguhnya janji Allah (membalas amalan kamu) adalah benar; maka janganlah kamu diperdayakan oleh kemewahan hidup di dunia, dan janganlah syaitan yang menjadi sebesar-besar penipu itu berpeluang menyebabkan kamu terpedaya dengan (kemurahan) Allah (lalu kamu lalai dan menderhaka)."

(Al-Fatir : 5)

==============================================================

mlm minggu ni aku rasa nak gadap pc.. aku jumpa byk gambar² dlm picasa ni.. terlintas di pikiran aku nak attach beberapa versi wajah aku.. liku² kehidupan aku yg sebelum ni tak pernah aku publish kat sini..



- time ni aku still student.. wajah sihat & ceria -


- wah! banyak gila jerawat.. hari² terakhir sebelom aku mendirikan rumahtangga.. tu pasalla jerawat pun cam cendawan tumbuh ☻-


- wajah hepi apabila dianugerahkan zuriat yang bernama Naim bin Salman -


- antara saat getir dlm hidup aku.. pabila aku tau aku merupakan pengidap kanser di kala aku mengandungkan anak kedua.. setiap detik amat berharga buatku -


- my baby -


- "you can't hold your baby anymore.. i'll ask Dr. XXX to make sure you deliver your baby as soon as possible".. di sinilah aku ditempatkan sebelum menjalani c-section -


- seawal 8.30 pagi aku ditolak ke operation theatre HKL bersama-sama doktor² pakar (bius, o&g, bedah, kanak² & yg paling penting hematologi).. yg ada dlm kepala aku cuma satu.. selamatkanlah anak yg bakal kulahirkan walaupun nyawaku ditukar -


- Najwa binti Salman, 1.8kg.. hanya airmata kesyukuran mengiringi kelahiran puteriku ini -


- sayang.. sesungguhnya Allah Maha Penyayang.. setiap kali aku memandang gambar² ini.. kenangan silamku pasti datang.. sukarnya keadaanku ketika itu.. -


- status : hodgkin's lymphoma final stage.. sel² kanser dah merebak ke hati dan paru² aku.. hari² terawal menerima rawatan kemoterapi selepas 6 hari menjalani c-section.. tiada apa yg perlu disedihkan.. mungkin kaffarah di atas dosa²ku selama ini.. hanya pada Allah kuserahkan segalanya.. -


- inilah laluan yg perlu kulalui di HKL.. kata doktor.. you tak boleh baring atas katil je.. kena bawak jalan.. hari kedua lepas bersalin aku dah mula jalan².. aku perlu kuat.. hidup adalah satu perjuangan.. never give up.. setiap orang telah ditentukan qada' & qadar masing².. -


- tangisan Naim akan mengiringi suamiku setiap kali dia ke HKL untuk menemaniku.. hanya Allah Yang Maha Mengetahui isihatiku.. -


- on chemo.. andaikata kutanggalkan tudung.. pasti orang akan berkata "sabar, kuatkan semangat".. -


- aku kini.. slim & makin gelap.. kulit kering & terbakar kesan chemo.. kaki sering cramp jua kesan chemo (chemo attacks bone marrow n killed calcium slowly).. tangan sering kebas².. chemotherapy jua puncanya (chemo kills vitamin B).. aku redha dengan setiap kurniaanNya.. selagi diberi nyawa.. venture life to the fullest.. dianugerahkanNya nikmat supaya aku dapat menggunakannya sebaik mungkin.. ditarik nikmat.. supaya aku tau menghargai dan bersyukur dengan setiap nikmat & kurniaanNya.. tiada yg kekal di muka bumi ini.. -

ada lagi gambar² aku on chemo.. tapi tak daya aku nak attach kat sini.. kang ada yang tak kenal aku lak..

5 comments:

Anonymous said...

Sahabatku,
hadapilah dgn tenang tiap cabaran yg datang..sesungguhnya aku mmg tabik spring kat ko...setiap kali aku rasa susah hati dgn dugaan dan cabaran dalam hidup ini, aku selalu teringatkan ko... aku redha, dugaan yg aku terima x sehebat dugaan ko sahabat....

Munajah Cinta said...

norul
dirimu tetap cantik dimata & dihati
sahabatmu ini.

ps: ada jap lagi i buat entry gambar2 retro plak nih..

Baizah said...

nono...cantik x semestinya terletak pada paras rupa...cantik sebenarnya terletak pada hati seseorg... nono tetap cantik walau apa jua keadaan...
be strong!

hafizah hamid said...

nono..
tak terucap kata2 bila baca pasal nono...fizah hanya mampu mendoakan kesejahteraan diri nono...walaupun fizah ni jarang komen or bg kata2 perangsang kat blog nono ni..tp fizah slalu ikuti perkembangan diri nono...
nono tetap sahabat selamanya walau apa jua keadaan...

cahaya petunjuk said...

dear friends,

thank you so much..

'Saidina Ali pernah berkata, rakan karib itu ibarat sepasang kasut. Jika anda ingin mengetahui rupabentuk & ukuran kasut sebelah kanan, maka perhatikanlah kasut sebelah kirinya.'