Friday, August 15, 2008

buku bulan ini

Sesiapa yang mengkehendaki kemuliaan (maka hendaklah ia berusaha mencarinya dengan jalan mematuhi perintah Allah) kerana bagi Allah jualah segala kemuliaan. Allah naikkannya segala perkataan yang baik (yang menegaskan iman & tauhid), dan amal yang soleh pula diangkatnya naik (sabagai amal yang makbul yang memberi kemuliaan kepada yang melakukannya). Dan (sebaliknya) orang² yang merancangkan kejahatan (untuk mendapat kemuliaan), adalah bagi mereka azab siksa yang berat; dan rancangan jahat mereka (kalau berkesan pun) akan rosak binasa.

(Fatir : 10)

==============================================================

mcm biasa.. lepas ke HKL aku akan singgah di kedai buku kat jln pahang barat.. buku apa lak yg aku beli?


"BERTEMU JANJI ALLAH Menyingkap Kisah Mahsyar Yang Menyayat Hati"

sudah pasti drpd insan yg aku respek.. tuan guru nik abdul aziz nik mat.. aku mmg pantang jumpa buku dia.. tak kira brp harganya pasti akan kumiliki..

siang tadi aku break dengan baca satu buku drpd pengarang yg sama.. tajuknya TAQWA.. pastu ada opismet aku datang.. dan dia duduk kat tmpt aku bertanya apa yg aku baca.. aku citer la sket².. member aku tu betol² tunjukkan minat..

aku menceritakan satu kisah Rasulullah yg aku amik drpd apa yg ditulis tuan guru nik aziz.. sifat Rasulullah yang sangat menyayangi umatnya.. tentang keperibadian Rasulullah yang meyakini rezeki drpd Allah.. tentang kuasa Allah.. kasih sayang Allah pada hamba²Nya..

dan..

airmatanya mengalir di pipi..

aku surprised jugak.. tapi aku amat bersyukur.. alhamdulillah.. itu je yg mampu aku ungkapkan.. aku bersyukur krn Allah titipkan rasa kasihNya kpd sahabat aku.. dan aku tambah lagi moga hatinya sentiasa mengingati Allah..

"sahabat.. selangkah kita rapat pada Allah.. seribu langkah Allah rapat pada kita.. Allah Maha Penyayang sahabatku.."

itu baru mendengar drpd mulut aku.. kalau dia sendiri yang baca.. atau dia sendiri berhadapan dgn insan yg aku respek ini.. harus airmatanya mengalir lebih laju tanpa henti..

kenapa aku begitu into dan respek dgn ilmu yg ada pada insan ini? kenapa aku amat berminat membaca karangannya? adakah kerana ilmu dan perawakannya hampir sama dgn arwah ayah? ya.. itu antara sebabnya.. tp yg paling penting soalan² yg bermain di fikiranku terjawab melalui buku tersebut.. cara jawapannya.. cara penerangannya.. cukup mudah.. dan cukup menginsafkan.. yg boleh membuatkan aku terpikir hidup ini terlalu singkat..

ilmunya amat dalam.. bukan di buku.. tetapi di dada.. itu yg buat aku respek.. orgnya wara'.. hatinya luhur berjuang ke jalan Allah.. dan dia tak seperti ulama' yang lain..

aku sanjung ayah aku bukan hanya krn dia ayah yg aku sayang.. tp aku rindu untuk dapatkan ilmu² yg mana susah untuk aku perolehi.. ilmu di dada.. bukannya ilmu di buku.. aku rindukan ilmu sebegitu.. dan aku perolehi drpd insan yg bernama nik aziz..

ingat lagi aku.. ayah pernah bercerita kenapa kita sembahyang qiam masa baca fatihah tangan kita sedikit ke kiri.. kata ayah.. sbb Allah menekankan kejahatan yg selalu dilakukan manusia.. supaya manusia sentiasa beringat.. aku pernah bertanya kpd salah seorang yg berilmu.. tp beliau tidak dpt menjawab soalan aku.. katanya org islam selalu mengambil kira perkara remeh tp yg utama tak diambilkira..

sedangkan setiap apa suruhan dan larangan Allah tu pasti ada sebabnya kan..

ingat lagi ayah tak bagi beli pinggan mangkuk banyak².. kata ayah.. kenapa nak beli banyak²? bukankah yg ada sudah mencukupi? nak letak kat kabinet dapur? nak tunjukkan pada orang kah? jika itu tujuannya.. itu riak namanya.. riak itu membawa kpd dosa.. jika bukan itu tujuannya.. ia dinamakan membazir..
sesungguhnya pembaziran itu amalan syaitan..

dan itulah jawapan yg aku dapat drpd buku² hasil karangan insan yg aku respek tersebut..

No comments: