"Dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman."
(Adz-Dzariat : 55)
==============================================================
setiap kali aku mendengar nasyid ini.. ia mengingatkan aku pd zaman silamku.. zaman aku masih bergelar kanak²..
nasyid terus berkumandang.. ketika itu kami sekeluarga dalam perjalanan ke kuala lumpur.. begitulah adatnya kami sekeluarga.. pantang cuti sekolah.. pasti ada saja agenda drpd ayah dan mak.. sepanjang perjalanan nasyid berkumandang.. ketika itu ia disampaikan oleh kumpulan nasyid the zikr.. kami sekeluarga sama² bernasyid dalam kereta.. indah sungguh saat itu..
ketika itu ayah masih sihat..
masih terbayang lagi di ruang mataku.. ketika itu aku di tingkatan 3.. ayah mengimami solah maghrib di rumah.. ayah pakai jubah dan serban.. makmum cuma aku dan mak.. adik-beradik yang lain semuanya berada di asrama.. masuk rakaat kedua.. ayah tak dapat baca fatihah.. lidahnya sukar untuk mengucapkan kalimah² suci.. aku menjadi takut.. aku menangis masa sembahyang.. bukan sebab menghayati ayat² suci.. tetapi aku jadi takut tengok ayah macam tu.. kenapa dengan ayah? ayah sakitkah?
lepas selesai sembahyang.. mak bertanya pada ayah.. aku diam jer.. cuma pandang wajah ayah kesayangan aku.. ayah macam biasa.. tarik aku duduk berdekatan dengannya.. tanya kenapa mataku merah.. aku sebak.. tak dapat nak cerita (ah.. skarang pun sebak lagi.. masih terbayang di ruang mataku kejadian tu).. perlahan-lahan airmataku jatuh.. ayah peluk aku.. ayahku mmg penyayang.. memang penyayang.. "jangan takut.. ayah ada.. ayah tak mati lagi.. Allah cuma bagi ujian sikit pada ayah", kata ayah sambil tersenyum.. macam biasa ayah bergurau lagi.. airmataku mengalir tanpa henti.. ayah sapu airmataku.. ayah tak pernah biarkan aku sedih..
mungkin ayah tau aku risau.. cepat² ayah tukar topik.. dan lepas tu kami bertiga makan malam.. macam biasa.. ayah sama² sendukkan nasi.. ayah tak pernah biarkan kami buat kesemuanya sekali.. ayahku mmg the best! lepas tu ayah potongkan mempelam untuk kami makan..
lepas makan sama² tonton tv.. dan macam biasa.. aku akan duduk rapat sebelah ayah.. sambil tonton tv sambil sembang.. ayah sempat berpesan padaku.. "manusia ni tak kekal.. semua manusia akan mati.. sebagai hamba Allah kita perlu bersedia menghadapi hari kematian.. hati mesti sentiasa yakin pada Allah.. jgn susah hati.. jgn sedih.. walaupun satu hari nanti ayah takde tp Allah tetap ada dan akan jaga anak² ayah..", ah.. sukarnya untuk aku teruskan penulisan ini..
pernah sekali (hari lain) aku nampak ayah tiba² memegang pintu.. tak dapat melangkah keluar.. aku tanya ayah cuma diam.. aku mendekatkan diriku pada ayah.. lepas tu ayah pandang aku dan senyum.. ayah kata dia tak apa².. tp aku tau.. ada sesuatu yang ayah rahsiakan daripada aku..
pernah aku bertanya pada kak long.. tapi ayah dah takde masa aku tanya tu.. kata kak long.. itu symptom stroke..
bagi pembaca yang masih mempunyai ayah dan ibu.. hargailah mereka.. gunakanlah masa yang ada ini untuk melakukan yang terbaik buat mereka..
ya.. memang aku mimpikan ayah.. aku mimpikan ayah sepertimana kali terakhir aku lihat ayah.. sungguh anak ayah ini rindukan ayah.. moga roh ayah tenang di sana.. Al-Fatihah..
No comments:
Post a Comment