Friday, March 28, 2008

gerimis senja

"Tidakkah engkau memerhatikan, bahawa Allah menurunkan hujan dari langit, lalu dialirkannya menjadi mata air di bumi; kemudian Dia menumbuhkan dgn air itu tanam²an yg pelbagai jenis & warnanya; kemudian tanam²an itu hidup segar (hingga ke suatu masa yg tertentu), selepas itu engkau melihatnya berupa kuning; kemudian ia menjadikan hancur bersepai? Sesungguhnya segala yg tersebut itu mengandungi peringatan yg menyedarkan org² yg berakal sempurna."

(Az : Zumar : 21)

==============================================================

album lama kubelek.. sesekali aku tersenyum.. sesekali aku hanya mampu menatap gambar² yang banyak mengembalikan kenangan lampauku.. dan.. ternampak aku akan wajahnya..

masih terbayang di ruang mata aku.. satu ketika dulu.. kami sama² ke surau berjemaah maghrib.. sama² bercerita tentang secret admirer.. ahaks! dah tak nama secret la macam tu.. sama² menyakat rakan sekelas.. kami makan sepinggan.. siap bertukar-tukar baju.. protes sana.. protes sini.. ah.. jiwa remaja mmg begitu..


indah sungguh memori itu..

perbualan kami tempohari.. dari hati ke hati sementalah usia perkenalan kami bukanlah sehari dua.. ya.. mmg aku byk berkongsi dengannya.. since zaman remaja lagi..

sahabat.. aku jua pernah sakit.. dan aku sendiri tak pasti samada aku benar² pulih ataupun tidak.. tp bukan bermakna aku menyerah kalah.. hidup mesti diteruskan.. hidup adalah satu perjuangan.. tiada erti sedih dan dukacita kerana semua yang berlaku adalah ketentuanNya.. sbg umat Islam.. aku wajib redha dgn setiap apa yg menimpa diriku.. dan yang paling penting.. aku perlu bersedia untuk menemuiNya walaupun belum pernah lagi aku merasakan begitu.. anak²?.. aku serahkan sepenuhnya kpd Allah.. aku serahkan pada Allah.. moga kedua-duanya akan menjadi insan soleh dan solehah.. dapat mendoakan kesejahteraanku di sana..

airmata jernih mengalir ke pipinya tanpa henti..

kusapu airmatanya.. dalam masa yg sama kubiarkan sahaja dia melayani perasaan sedih tersebut.. ya.. manusia tidak seharusnya bergantung dengan manusia lain.. tp sesekali seseorang insan perlu meluahkan apa yang terbuku di hatinya kpd insan yang memahaminya..

sahabat.. aku dapat memahami apa yg timbul di benak fikiranmu.. aku amat memahaminya.. aku jua pernah mengalaminya.. namun itulah hakikat yang sebenarnya.. semua adalah milikNya.. sbg hamba Allah yang hina dan kerdil.. kita tiada upaya utk melawan..

tp jgn engkau lupa.. ujian dgn kesakitan bukan bererti kita pasrah dgn hidup ini.. the sky is the limit.. venture your life to the fullest dear..

sahabat.. masih terngiang-ngiang di telingaku 'tiada manusia lain yang dapat kukongsi sepertimana aku berkongsi denganmu'. terima kasih kerana berkongsi denganku..

sahabatku.. selagi nyawa masih di jasadku.. akan ku cuba sedaya upaya membantumu.. walau bukan dengan wang ringgit.. namun.. setiap saat.. hatiku sering mendoakanmu.. percayalah.. sekali hatiku menganggap seseorang itu sbg sahabat.. hingga hujung nyawa doaku akan mengiringimu..

4 comments:

Anonymous said...

Salam Norul,
aku rasa kita sama batch masa UUM dulu cuma maybe kita tak kenal satu sama lain..Nama aku Ma, budak IT UUM , konvo thn 2000..

aku baru jumpa blog ni..dan aku respect kekuatan ko mengharungi hidup tanpa putus asa... aku pun baru je diberitahu ada cancer thyroid.. surgey dah buat utk buang semua kelenjar...doctor ckp belom merebak ke mana2 bahagian badan..cuma kena scan utk confirm the stage..from the biposi report, still stage 1..

lepas dpt tau, aku rasa hidup aku gelap...teringat anak2 aku yg baru 6 dan 4 thn tu...tp aku yakin ada hikmahnya... aku akan terus baca blog ko sbg sumber inpirasi aku ..utk aku teruskan hidup..

life is though... Allah masih sayangkan kita...alhamdulillah...

semoga kita sembuh seperti dulu..Amin..

cahaya petunjuk said...

ma,

first of all.. terima kasih byk² sbb sudi mengunjungi blog ni.. terima kasih jgk sbb jadikan blog ni sbg salah satu sumber inspirasi..

ma,

Allah has given us so much in life.. Allah will never close one door without opening another.. jgn sedih.. Allah sentiasa bersama kita.. Allahuakbar!

Anonymous said...

Norul,
Aku tgh mencari kekuatan diri sendiri sbb aku perlu kuat dan bangun demi utk anak2...

Ya, Allah sentiasa bersama kita..

cahaya petunjuk said...

ma dearie,

this is my email add : norulhidayah@gmail.com.. do email to me if you have sumthing to share with..