"Nescaya Allah akan meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antaramu dan orang yang berilmu pengetahuan beberapa darjat."
(Al-Mujadilah : 11)
==============================================================
aku bersyukur mempunyai ayah dan mak yang sangat penyayang..
setiap kali kami balik ke asrama.. ayah, mak dan adik-beradik akan turut sama menghantar ke stesen bas.. daripada kak long lagi.. sume akan follow ke stesen bas.. first time je ayah dan mak hantar kami ke pusat² pengajian.. the rest tu mmg naik bas..
aku masih ingat.. masa tu kak long matriks kat mrsm kulim.. mlm² tu kami sekeluarga pakat² ke stesen bas untuk hantar kak long.. tp bila dah besar ni.. baru aku nampak.. ayah buat tu bukan saja².. selain merapatkan dan rasa kasih sayang antara adik-beradik.. aku rasa itu antara motivation kepada adik-adik supaya mengikuti jejak langkah kakak dan abang secara tidak langsung..
kalau aku flashback.. 1st time aku ke taiping.. ayah, mak dan mi yang hantar.. itulah first and the last time ayah hantar aku.. masa aku nak balik ke maktab semula lps cuti semester pertama.. ayah kata ayah tak dapat hantar aku ke stesen bas..
ayah aku mmg sanggup buat apa sahaja untuk anak².. walaupun dia tak sihat.. tp waktu itu dia tak dapat hantar aku dan dia mengaku.. sahlah ayah memang tak sihat dan dia tak berupaya untuk buat² sihat..
masih terbayang lagi di ruang mata aku ketika itu.. sebelum aku melangkah keluar dari rumah.. aku peluk dan salam ngan ayah.. cium pipi ayah.. "belajar sungguh².. anak ayah mesti kuat semangat.. tak boleh manja.. walau apa pun yang terjadi.. ingat Allah sentiasa bersama kita", itu antara pesan ayah.. aku melambai selamat tinggal pada ayah.. ayah membalas lambaian aku sambil memberi senyuman pada aku.. dan.. itulah kali terakhir aku dapat tengok wajah ayah yang masih bernafas.. ah.. sukarnya utk aku menyambung nukilan ini.. hanya Allah Yang Maha Mengetahui apa yg aku rasa sekarang..
sungguh aku rindukan ayah..
ayah pernah accident sebelum accident lain yang meragut nyawanya.. salah satu tulang rusuk ayah seakan tidak berada di tempatnya.. tapi ayah still qiamullail di malam hari.. itulah ayahku.. waktu itu kereta ayah di bengkel.. tapi ayah tetap ke masjid untuk tunaikan sembahyang jumaat.. ayah jalan kaki ke masjid sambil memegang dadanya.. tak pernah ayah minta bantuan sesiapa.. kata ayah.. selagi kita boleh buat.. kita buat.. jangan suka minta bantuan orang.. itu antara kata² ayah yang tetap terpahat utuh di dalam hatiku.. dan kata² itulah yang aku gunakan hingga sekarang..
ayah aku mmg penyayang walaupun dia membesar tanpa kasih sayang.. ayah kepada ayah aku meninggal sebelum ayah aku lahir ke dunia.. ibunya pula meninggal ketika umurnya 9 tahun.. sebab itulah ayahku begitu kental orangnya.. semangatnya memang kuat.. orangnya berani.. hanya takut kepada Allah.. aku sangat mengagumi ayah..
aku telah melalui saat² membesar tanpa ayah di kala aku sgt perlukan kasih sayang dan bimbingan dari seorang lelaki bergelar ayah.. aku sering berdoa pada Allah moga aku sempat lihat anak² aku membesar.. itu saja pintaku..
1 comment:
i know how u feel dear...like u...my father always in my heart...in my 'doa'....rindu pada dia bertambah2 ...lebih2 lagi bila kita sedang diujiNya.
luv
~little semut
Post a Comment