“Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta
perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi
menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian
lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik)
maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha
Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”
(Al Ahzab:59)
=================================================================================================
Bila dah lengan panjang, jarang pulak.
Bila tak jarang, ikut susuk tubuh pulak,
Bila tak ikut susuk tubuh, lengan pulak 3 suku.
Bila kemeja, ada pulak butang kat depan.. bahaya nih..
Memang susah cari blouse memenuhi syariat di zaman serba moden ni..
Kain jarang, tolak tepi.
Kain lycra, tolak tepi.
Kain yang perlu pakai inner, lagi tolak tepi.. sungguh tak mencapai maksud menutup aurat.
Lengan tiga suku, tolak tepi.
Maka betullah kata Ilah dan Zila..
Beli kain, upah jahit.
Tak terlalu labuh, tak terlalu senteng. Tak ketat di pinggang mahupun di bawah dada. Sudah pasti tak jarang dan ada butang di pergelangan tangan supaya tak terlihat lengan oleh mereka yang tak sepatutnya melihat.
Ya Allah.. jalan mujahadah itu susah tetapi indah..
No comments:
Post a Comment