"(Orang yang bertakwa iaitu) orang yang berinfak, baik di waktu lapang mahupun sempit, dan
orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang lain. Dan
Allah mencintai orang yang berbuat kebaikan"
(Ali 'Imran : 134)
=================================================================================================
Kalau dulu iron baju adalah antara aktiviti yang membosankan. Sungguh bosan. Berdiri-tangan-ke-kiri-ke-kanan-ke-kiri-ke-kanan-ke-kiri-ke-kanan. Dengar pun dah rasa bosan apatah lagi melakukannya. Ha-ha-ha (gelak pun dah bosan serupa aktiviti).
Tapi kini tidak lagi!
Dua minggu sebelum maid aku balik bercuti Ilah introduce satu iron ni kat aku. Mudah dan cepat kata Ilah - Ilah semua nak cepat. Kejar masa katanya. Kata Ilah lagi, sebelum ni dia tak suka iron baju tapi la ni asikla iron baju. Ilah tambah lagi.. sekarang promosi.. beli iron tu dapat ironing board free. Ironing board ni bukan cam ironing board biasa, ironing board ni lebih panjang dan lebih lebar.
Wow! Teruja jugak aku. Maklumlah memang tengah nak cari iron baru dan ironing board baru (yang sedia ada bak kata Ilah.. "Ini guna sampai j*h*n*m nih".) Hahaha.. betul la tu Ilah..
Ilah pun ajak kawan dia yang menjual tu, Es (bukan nama sebenar) ke rumah aku. Oh.. iron ni dibeli melalui direct-selling jadi harganya tak perlulah diberitahu. Tapi aku dah survey market price, ternyata ia lebih menguntungkan walaupun alah sedikit sewaktu membeli, janji menang banyak sewaktu memakai. Dok gitu?
Es pun datang explain kat aku pasal kebagusan iron ni (beserta demo - dekat separuh wardrobe Es iron baju kurung aku) dan cemana aku pulak boleh buat duit dengan jual kat orang iron ni. Oh.. rasa cam nak letak batang mancis di kelopak mata tatkala Es explain yang aku boleh menjana duit dengan menjual iron dan produk lain. Punyalah takde jiwa ahli perniagaan.
Tujuan aku hanya satu - nak beli iron. Dapat free ironing board tu satu bonus. Nak menjual kat orang lain rasanya belum sampai seru lagi.
Bila bukak topik selain bisnes, mata aku terbuka luas. Bila Es sambung balik pasal menjana duit, mata garfield kembali. Ish ish ish..
Bila maid aku balik bercuti, memang terbukti iron ni sangat memudahkan hidup aku. Bayangkan.. iron bahagian depan baju, bahagian belakang dah hilang kedutan. Tak kira cotton, viscose, crepe, waima silk sekalipun. Yang best lagi.. iron ni boleh apply dalam 2 mode - vertical dan horizontal. Best best lagi.. dalam masa 10 minit aku leh siap iron 20 helai baju! Bukankah itu satu magis?
No comments:
Post a Comment