Tuesday, September 10, 2013

cemana ni?

"dan juga orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menzalimi diri sendiri (segera) mengingat Allah, lalu memohon ampunan atas dosa-dosanya, dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa-dosa selain Allah? Dan mereka tidak meneruskan dosa itu, sedang mereka mengetahui" 

(Ali-'Imran :135)

=================================================================================================

Aku masih trauma dengan maid balik bercuti, cakap kata nak datang tapi tak datang balik ke sini. Sungguh trauma. Betapa ke hulu ke hilir mencari tempat untuk menempatkan anak-anak, betapa hati kering melihat anak menangis ketika ditinggalkan.. oh sungguh aku tak sanggup. Tak sanggup..

Sepanjang tempoh maid aku balik bercuti, tak dapat tidak aku memang sangat risau. Risau memikirkan sebarang kemungkinan. Cemana kalau dia tak balik semula? Nak letak anak di nursery? Cemana Adik? Kakak? Abang? Allahuakbar.. Aku tak sanggup. Sungguh tak sanggup. Bila tengok muka anak-anak, hati meruntun. Abis tu cemana?

Memang Kak Long dan Kak Yanti dah offer rumah dia untuk letak anak-anak aku tapi tu hanya penyelesaian sementara. Sampai bila harus begitu? Aku kena cari permanent solution.

Nak amik maid baru? Kos nak dapat maid dari agent maid yang aku dok guna sekarang ni dah makan 5 angka. Adehhhhhhh.. tu belum tentu lagi bila boleh sampai. Tu tak ambil kira nak training lagi. Adehhhhh..

Doa tak henti semoga Allah permudahkan segalanya.

16 Ogos 2013

Aku call maid aku. Takde jawapan.
Call nombor lagi satu.. "Nomor yang anda hubungi telah ditamatkan perkhidmatannya".

Allahuakbar.. Allah sahaja yang tau perasaan aku masa tu.

Sungguh.. aku bertawakkal sepenuhnya kepada Allah. Semoga Allah permudahkan urusan aku sekeluarga di dunia dan akhirat..

No comments: