"Kehidupan
dunia dijadikan indah dalam pandangan orang-orang kafir, dan mereka
memandang hina orang-orang yang beriman. Padahal orang-orang yang
bertakwa itu lebih mulia daripada mereka di hari kiamat. Dan Allah
memberi rezeki kepada orang-orang yang dikehendaki-Nya tanpa batas."
(Al-Baqarah : 212)
===================================================================================================
Masing-masing ada pendapat berbeza.
Bagi aku, aku perlukan pembantu. Tak kira samada aku bekerja mahupun aku seorang surirumah, aku tetap perlukan pembantu. Kenapa?
Aku perlukan masa yang berkualiti dengan anak-anak. Dan lebih utama lagi.. aku perlukan masa yang berkualiti dengan Allah. Bila badan penat, kualiti menurun. Pada aku, kualiti sangat penting dalam memacu kehidupan bekeluarga seterusnya dalam mengabdikan diri kepada Ya Rabb.
Tapi pendapat ini hanya terpakai sekiranya pembantu tersebut seorang yang baik hatinya dan boleh membantu menguruskan anak-anak serta kerja rumah.
Kata Kak Long..
Dalam lembut ada tegasnya, dalam baik ada batasnya, dalam bergurau ada caranya, dalam menegur ada kaedahnya, dia juga manusia seperti kita yang perlu diingatkan sentiasa tujuan kita dilahirkan di dunia ini, tentang dosa pahala dan matlamat utama dia ke sini agar tidak tersasar tujuannya. Bukan hanya dia tetapi ingatan itu jua untk diri yang menyampaikan peringatan itu.
No comments:
Post a Comment