“Hai
orang-orang yang beriman, makanlah di antara rezeki yang baik-baik yang
Kami berikan kepadamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika benar-benar
kepada-Nya kamu menyembah."
(Al-Baqarah : 172)
===============================================================================================================
5 September 2013
Alhamdulillah.. aku berjaya hubungi maid aku. Alhamdulillah. Katanya dia memang nak datang. Alhamdulillah..
7 September 2013.
Inilah antara debaran hebat dalam hidup aku. Cam nak amik result SPM rasanya kadar degupan jantung aku. Walaupun dia kata dia nak datang, tapi dia manusia. Bila-bila masa boleh berubah.
Husband aku sampai LCCT hampir pukul 1 petang. Flight dari Bandung sepatutnya tiba jam 1.10 petang.
Aku kat rumah dengan anak-anak. Mulut selawat tanpa henti.
1.30 petang..
Aku : Ada tak orangnya?
Husband : Tak nampak lagi.
Ya Allah.. Allah sahaja yang tau debaran aku makin kencang. Ya Allah.. Engkau munculkanlah dia. Tiada yang mustahil bagimu Ya Allah..
5 minit kemudian husband aku whatsapp lagi.. "Alhamdulillah.. kena sujud syukur lepas ni.."
Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. tu saja perkataan yang keluar daripada mulut aku..
No comments:
Post a Comment