"Iaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah mereka mengucapkan :
Sesungguhnya kami milik Allah dan kepadaNya-lah kami kembali. Mereka
itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhannya
dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk"
(Al Baqarah:
156-157)
=================================================================================================
Hidup ini memerlukan perjuangan. Perjuangan mengikut cara masing-masing.
Sesungguhnya..
Perjuangan memerlukan pengorbanan
Pengorbanan memerlukan ketabahan
Ketabahan memerlukan keyakinan
Keyakinan menentukan kejayaan
Kejayaan menentukan kebahagiaan
InsyaAllah..
Semoga para pejuang di Lahad Datu dipelihara Allah. Selamatkanlah tanahair kami dan para pejuang kami daripada sebarang keburukan Ya Allah. Tiada upaya kami melainkan dengan izinMu.
Takziah buat keluarga para pejuang. Paling tak tahan bila melihat anak-anak kecil yang ditinggalkan. Allahuakbar. Engkau jadikanlah mereka insan yang soleh dan solehah serta berguna kepada agama, bangsa dan negara. Lindungilah mereka Ya Allah. Gantilah kehilangan yang telah mereka miliki dengan sesuatu yang tak ternilai. Kutahu dan kuyakin akan kekuasaanMu Ya Allah..
Al-Fatihah buat para pejuang yang telah gugur syahid. Semoga rohnya diletakkan di kalangan orang-orang yang beriman. Sungguh.. kalianlah pejuang yang amat dikagumi!
No comments:
Post a Comment