Monday, February 25, 2013

penjual minyak wangi

"Kawallah rindu dengan doa. Kawallah cemburu dengan bersangka baik. Kawallah kemarahan dengan wudhu' dan kawallah nafsu dengan iman."

=================================================================================================

"Mama.. Faris kata Nestle pun yahudi jugak. Betul ke Mama?"

Hebatnya peranan rakan sebaya. Kerana itulah Islam menyuruh umatnya mencari rakan 'penjual minyak wangi'. 

Salute dengan famili Faris yang begitu kuat semangat dan keazaman memboikot segala produk manusia yang berhati binatang itu.

Itu hari singgah stesen minyak. Anak-anak ni mencari aiskrim. Sampai kat kaunter, kosong je tangan dua beradik ni.

"Aikkk.. tadi kata nak aiskrim."
"Tak jadi la Mama. Nestle je yang ada."
"Kesian. Terliur sangat ke?"
"Takpe Mama. Banyak lagi makanan lain Abang boleh makan. Kesian orang Palestin."
"Betul tu Mama."

Subhanallah. Sungguh anak ini kain putih. 

Alhamdulillah. Semua ini daripadaMu Ya Allah.

Sekarang Najwa dah tak bancuh Milo lagi. Dah bertukar kepada Vico. Yogurt pun Dutch Lady. Dan segala isi rumah dipastikan mencari yang bukan daripada sumber tersebut. 

Semoga Allah memberi keazaman dan semangat yang berterusan kepada kami.

No comments: