"Doa Abu Darda : Ya Tuhanku, aku bermohon kepadaMu, supaya Engkau beri kepadaku pimpinanMu, semoga tidaklah amalanku akan memalukan ibu bapaku dan juga kaum keluargaku yang telah berada di alam barzakh."
===========================================================================================================
Sejarah bibik..
Ada yang tahan semalaman pastu hantar balik.
Ada yang tahan 2 tahun janji nak sambung tapi bila dihubungi kata tak boleh datang sebab suami gila. Ish ish ish kalaupun taknak datang janganla kata laki gila. Nak ketawa ada. Nak marah pun ada. Yang pasti aku kena bayar denda dengan imigresen.
Ada yang lari panjat pagar (macam budak asrama je) sambil membawa milo 3-in-1. Akaaaakkkkkk jugak yang kena bayar denda ngan imigresen.
Ada yang cukup 2 tahun pastu balik sana macam-macam diceritanya.
Ada yang tak puasa. Terus aku singkirkan.
Ish.. memang macam-macamla.
Dunia IT selalu kata jaga mesin lagi senang daripada jaga manusia. Betulla tu.
Aku selalu berdoa moga Allah memberikan aku bibik yang baik. Bibik yang baik tu terlalu luas maksudnya. Boleh jaga anak-anak aku of course. Baik yang lain tu mencakupi baik sebagai umat Islam, tiada niat jahat dalam hati.
Andai dia seorang bibik yang baik, biarlah dia dapat bekerja lama dengan aku. 10 tahun mungkin.
Alhamdulillah. Bibik kelapan ni memang nak sambung keje dengan aku.
Ikutkan hujung tahun ni tamat dah permit dia tapi aku mintak dia sambung
setahun lagi sebelum balik bercuti 1 bulan. Alasan aku.. Adik Nazhan
kecik lagi.
Tiada paksaan. Kalau dia taknak atau husband dia tak bagi, aku kena terima. Kena cari alternatif. Hidup mesti ada plan A dan plan B. Kalau both plan tak jadi, kita masih ada banyak plan lagi.. sampai Z kan. Huhu..
Alhamdulillah dia setuju. Maka tugas kami ialah ke imigresen untuk renew permit. Semoga dipermudahkan.
Sesetengah orang tak suka ada bibik. Takde privacy katanya. Sesetengah orang kata memudahkan malah menjimatkan. Sesetengah orang kata bibik ni tak boleh dipercayai. Depan kita tunjuk ayu belakang kita macam hantu. Sesetengah orang kata kehadiran bibik memberi ruang dan masa yang lebih kepada majikan untuk dirinya dan untuk Yang Maha Pencipta.
Ya dan tidak.
Tak berani mendabik dada kerana bibik bukanlah mesin, maka ikhtiar aku hanyalah berdoa kepada Allah moga dipermudahkan segala urusan aku dunia dan akhirat. Dipelihara anak-anak serta zuriatku daripada musibah yang tak mampu aku tanggung.
Engkau bantulah hambaMu ini Ya Allah..

1 comment:
sokong ada bibik :)
Post a Comment