"(Dialah) Yang Maha Tinggi darjatNya, yang mempunyai arasy, yang mengutus Jibril dengan (membawa) perintahNya kepada siapa yang dikehendakiNya antara hamba-hambaNya, supaya dia memperingatkan (manusia) tentang hari pertemuan (hari kiamat)"
(Ghafir : 15)
===========================================================================================================
Isnin, 2 Julai 2012
Follow up checkup kat Hospital Ampang. TCA Julai tahun depan. Alhamdulillah Allah telah menyembuhkan aku. Alhamdulillah. Pun begitu, jangan leka kerana ujian dan dugaan dari Allah itu akan datang tanpa amaran. Ingatlah padaNya sentiasa.
Terkadang aku pikir.. ada bagusnya selalu ke hospital ni. Baru kita tau bersyukur. Ramai lagi di luar sana yang nikmat kesihatan ditarik. Maka bagi yang sihat bersyukurlah.. bersyukurlah..
Kalau dikenangkan apa yang pernah aku lalui dulu.. kekadang rasa cam tak caya. Tapi sesungguhnya ujian itu mendekatkan aku dengan Yang Maha Esa. Tiada perkataan yang mampu kuungkapkan kerana perasaan yang timbul itu tak dapat diluahkan dengan kata-kata. Hanya Allah sahaja yang tahu. Syukur padaNya di atas kasih sayangNya. Kalau tidak kerana sayang, takkan aku diuji begitu. Subhanallah..
Hari ni jugak umur Adik Nazhan 100 hari. Maka tamatla pantang aku. 1st thing yang aku buat ialah.. minum teh tarik. Wahhhhh..... memang heaven setelah 100 hari tak minum teh bagi hardcore teh seperti aku nih. Nikmat tak terhingga. Hanya Allah sahaja yang tahu.
Selasa, 3 Julai 2012
1st day keje setelah 100 hari bercuti. Adik Nazhan kat rumah ngan bibik. Rindu sungguh kat Adik. Semoga Allah permudahkan segala urusan kami sekeluarga.
Dah tak dapat lagi nengok Law Kana Bainana. Itulah yang dinamakan ingat 5 sebelum 5.
Tetiba teringat kat my dear Eena. Pagi tu dapat call dari Eena. Kimia. Masih terlekat di fikiran aku..
: : Kalau kita kejar dunia ni, sampai bila pun takkan puas. Tak lama hidup kita ni : :
Betul. Aku sangat setuju.
Khamis, 5 Julai 2012.
Hari ketiga aku keje. Dah tak dapat leisure lagi. Kesibukan menjelma lagi. Kerana itulah perlu mengambil kesempatan di kala lapang.
Dalam keadaan yang agak sibuk, aku masih lagi dalam mode sayu. Merasakan amalan yang sangat sedikit sedang dosa kian bertambah. Merasakan masih terlalu banyak perkara yang belum sempat aku lakukan
sedang umur semakin meningkat. Merasakan kehidupan yang terlalu singkat sedang masa sentiasa berlari pantas..
MasyaAllah..
2 comments:
rindu kat norul hidayah..
kalo kita kejar dunia, dunia akan meninggalkan kita, kalo kita kejar akhirat, dunia akan mengejar kita...
Post a Comment