Tuesday, May 22, 2012

beringat

"Sabda Rasulullah saw : Setiap daging yang tumbuh daripada hasil yang haram, nerakalah yang lebih sesuai untuknya."

(Hadis Riwayat At-Tirmidzi)

===========================================================================================================

Kisahnya bermula bila aku nak mencari hadiah untuk Hari Guru. Abang Naim nak bagi kat Cikgu Azira. Aku paling suka bab-bab hadiah ni. Aku dilahirkan Allah memang suka membeli dan memberi hadiah. Memberi tu hobi yang bagus. Tapi membeli tu hobi yang tak bape nak bagus kan? Ish ish ish..

Masa aku kecik-kecik dulu, setiap kali Hari Guru aku bagi jugak hadiah kat cikgu. Dapat kat Naim rupanya. Heheh. Tapi bukan aku la yang beli. Mak bapak. Beli kat cikgu sekolah dan Mak sekali. Mak kan cikgu ;-) Err.. kelakar pulak guna duit Mak, beli hadiah pastu bagi kat Mak hadiah. Hmm..

Kembali kepada cerita hadiah Hari Guru Abang Naim.

Prinsip aku memberi sesuatu kepada orang biarlah jika kita menerimanya kita jua seronok. Kata arwah Ayah, 'Kalau kita sendiri tak guna benda yang kita nak hadiahkan tu, janganlah dihadiahkan pada orang'. Hadiah perlu praktikal dan boleh digunakan. Maka hadiah yang paling sesuai ialah Tupperware. Heheh.

Dan calon paling layak untuk aku bertanya pasal barang Tupperware tak lain tak bukan, adik aku, Saba.

Aku punya membership Tupperware dah mati. Dah lama dah. Gitulah aku ni. Jadi ahli apa-apa pun hot hot chicken sh*t jer. Takde talent jadi businesswoman.  

First time dulu aku jadi members masa abis SPM. Orang lain pegi English Course kat IKIP. Aku lak sebok jadi dealer tupperware lepas dapat lesen keta. Tapi tak lama sebab aku hanya dealer pada nama - beli barang untuk kegunaan sendiri. Sudahnya mati la keahlian aku. Maklumlah.. hot hot chicken sh*t.

Pastu dah keje ni Saba offer jadi members. Aku join. Pisang memang berbuah dua kali. Mati jugak keahlian aku. Cemana la nak idup. Kalau beli, aku beli thru Saba sokmo (dapat less banyak daripada aku punya opkos la aku beli daripada Saba - lagipun buleh naikkan points Saba).

Kembali kepada cerita hadiah Hari Guru Abang Naim. Banyak nor menyimpang. Kalau tulis karangan ni mau dapat karipap berinti.

So aku order la dengan Saba barang yang aku nak jadikan hadiah Hari Guru tu. Tapi.. stok dah abis. Huhu. Saba pun introduce kat aku satu blog tupperware. Wahhhhh.. bestnya menjamu mata. Dari situ aku dah berkenan satu barang ni yang boleh dijadikan hadiah. Tapi sekali lagi nasib tak menyebelahi aku. Aku lambat sket je. Dia kata stok baru je abis. Huhu.

Tapiiiiiii.. harus diingat depa ni network memang bagus. So dia ada member yang still ada stok barang tu. Sue namanya. Lepas buat payment, selang 2 hari barang pun sampai kat umah aku. Heheh. Inilah barangnya..

Rainbow Cubes Gift Set

Hajat hati nak beli satu je. Tapi iman ni tak bape kuat bila diagah beli dua dapat lagi kurang harganya. Hmm.. maka cheq ambikla dua. Berapakah harganya sampai aku tergoda? Heheh. Harga dokleh la kabo.

Disebabkan akak ni banyak masa terluang, maka masa akak banyak dihabiskan dengan melayari internet, tak terkecuali menggugel lagi barang tupperware. Heheh.

Sudahnya.. jumpa lagi yang menarik minat. Aku mesej Sue tanya. Selang 2 hari.. satu lagi barang sampai umah. Heheh..

Elegancia Petit Pour

Boleh isik susu pekat. Maklumla hari-hari minum kopi susu (faktor usia gamoknya. kihkihkih).

Bila nengok cam cantik, dah.. hati mula berbisik 'Mana cukup satu. Kena beli lagi ni.' Maka.. berusahalah Sue kontek member dia cari lagi 2 sets. Udah kubilang depa ni punya networking yang baguzzz dan masing-masing tolong-menolong. Maka esok insyaAllah sampaila lagi 2 ketui petit pour ni ke rumah aku. Heheh.

Tapi adik kakak.. aku bukanlah beli untuk buat koleksi. Arwah Ayah banyak kali pesan. Barang yang dibeli perlu diguna. Jangan disimpan untuk dipamerkan. Tak baik. Mati esok esok kena tanya semua tu. So lagi 2 tu bukanlah untuk aku tapi untuk seseorang yang istimewa dalam hidup aku ;-)

Aku suka orang yang aku sayang jua memiliki barang-barang yang aku suka miliki. Kalau boleh apa sahaja barang yang aku suka nak aku hadiahkan kepada orang yang istimewa dalam hidup aku dan sahabat-sahabat yang sentiasa ada di dalam hati aku!

Hari tu Mak ada berkenan dengan satu tupperware aku. Aku bagi Mak, Mak taknak. Aku ni kalau apa je yang Mak sebut, seboleh mungkin aku akan dapatkan untuk Mak. Cuma aku tak tau apa nama tupperware tu. Dalam katalog pun takde. Setiap kali nengok orang jual tupperware aku akan tanya.

So alang-alang dah kenal Sue, aku carila benda alah tu. Dah lama aku cari. Nasib baik ada pakcik gugel. Daripada tak tau nama, sampaila boleh tau nama. Benda alah tu namanya fridge stackable. Sue kata dia ada 1 set kaler oren dengan satu tutup cam kat bawah ni..


Aisehhh.. aku nak cari yang 2 tutup. Nak bagi Mak yang ada 2 tutup. Kata Sue memang dia datang dengan 1 tutup. Aikkk.. cemana aku ada 2 tutup?


Itu tandanya Allah nak soh aku benti membeli. Udah udahler ngabiskan duit. Sebab bukan hanya tupperware yang aku membeli. Ada lagi yang rasanya tak perlu diceritakan semuanya di sini.

Tapi sesungguhnya aku tak pernah lupa pesan arwah Ayah..

Barang yang dibeli janganlah dijadikan perhiasan atau koleksi. Membeli kerana ingin mengguna. Membeli sebagai perhiasan atau koleksi itu membazir namanya - baik pinggan mangkuk, pakaian, kasut, beg tangan dsb. Setiap kali berbelanja ingatlah pada yang kurang berkemampuan. Itulah kunci membataskan diri kita supaya tidak membazir. Ingat anakku.. kita akan dipertanggungjawabkan di atas apa yang kita bazirkan itu. 

Err.. kalau dah tak sengaja 'ter'ada, 'ter'beli dan 'ter'lebih dalam simpanan kita cemana Ayah?

Sebab itulah Islam mengajar sedekah. Sedekahlah kepada yang kurang berkemampuan.

Tapi sayang nak bagi sedekah. Barang tu kita yang beli..

Kalau ada rasa taknak bersedekah, jangan berlebihan dalam membeli. Wasatiah. Tapi anakku.. buang sifat kikir itu jauh-jauh. Itu sifat mazmumah. Bersedekahlah.. bersedekahlah barang yang kita sayang bukannya barang yang dah kita taknak. Ganjaran pahala kita tak nampak tapi Allah Maha Pemurah. Sedekahlah kerana Allah. Jangan diungkit dan diceritakan kepada orang apa yang telah kita sedekahkan. Ungkit dan bercerita tentang sedekah kita menandakan kita tak ikhlas dalam bersedekah.

Aku ingat. Aku tak pernah lupa tu. Dan insyaAllah aku takkan lupa. 

Semoga Allah sentiasa melindungiku daripada memiliki sifat mazmumah itu.

No comments: