Wednesday, May 16, 2012

mulakannya semula

"Dan Dia (Allah) mendapatimu sebagai seorang yang kekurangan, lalu Dia memberikan kekayaan."

(Ad-Dhuha : 8)

===========================================================================================================

Dah lama tak jenguk taman agrotek umah aku nih. Lama betol. Start aku pregnant aku tak sentuh langsung. Dekat setahun gak tu. Tak sentuh dalam ertikata tak ambik peduli - tidak membajainya. Maklumlah dalam baja ada bahan kimia. Kang jadi apa-apa lak kat anak dalam kandungan aku.

: : Bila kita pernah sakit, kita sangat berwaspada untuk sebarang kemungkinan : :

Aku ni memang careful betol masa pregnant. Itu baru gardening, makan apatah lagi. Kak Long kata jangan amik raw food or half cook food masa pregnant. Maka aku sacrifice tak makan sume tu termasuk nasi kerabu. Daging bakar kan half cook. Ikan bakar pun aku tak makan. Ulam hanya yang sedia kat umah aku. Kedai kalu memang aku tak makan. Huhu.

Citer pasal pokok tadi.. disebabkan ketidak caknaan aku pada tanaman tersebut maka cuma ada beberapa pokok je lagi yang mampu bertahan. Mana-mana yang manja tu sume dah kiok. Baik sundal malam (ini memang fragile tol), ros, orkid, bunga raya, melur, kenanga.. sume tu dah tinggal kenangan.

Tunggu aku betol-betol fit nanti aku usahakan balik. Banyak dalam kepala nih. Nak cari pokok orkid (berterima kasihla kepada Fat kerana memberi pendedahan yang cukup bagi peminat orkid seperti aku ni - citer orkid 1, citer orkid 2 dan citer orkid 3), nak cari pokok bunga cempaka, nak ganti balik pokok bunga melur, ros, kenanga, bunga raya.. haihhh.. macam-macam yang aku nak buat. Tak lupa jugak nak beli pokok kari. Senang nanti petik je daun kari. Buleh masak kari kegemaran aku (apa yang aku tak gemar, cakap je pasal makanan sume kegemaran. heheh).

Inilah dia pokok-pokok yang pernah ada dan masih ada di halaman rumah aku..

Alamanda. Ini kat luar umah. Memang lasak pokok ni.

 Kata kawan aku, nama pokok ni Bird of Paradise. Status : masih bernyawa tapi kurang penjagaan.

 Bunga raya sebesar tapak tangan ni memang dah lama jadi arwah.

Bougainvillea hidup subur di luar rumah. Cumanya perlu trimmed sentiasa. Berduri nanti marah pula network neighbourhood.

Nama pokok ni Anthurium Adreanum atau Flamingo Lily. Sekarang pokok ni dah takdak bunga. Tapi daun dia masyaAllah.. menjadi-jadi tumbuh biaknya. Besar dan berkilat macam daun plastik.

Ini Cycads atau Palms. Wahh.. ini memang dah besar amat. 

Janda Kaya ni kat luar umah aku. Dah tak bape nak kaya. Semut banyak kat pokok ni.

Kemuning. Hidup segar di luar umah. Wangiiiii ;-)

Kenanga. Tinggal kenangan. Huhu..


Kesidang. Orang Terengganu panggil Tikam Seladang. Setiap kali berbunga bikin hati tertawan ;-))

Lelipan hadiah dari Saba. Jua hanya meninggalkan pasu kosong..

Lidah buaya. Long live.. daripada aku mula kawin lagi ni.

Lily atau Bahasa Melayunya Bakung. Jua masih mekar.

Lily jua. Cuma spesies berbeza. Telah menemui ajal. Innalillah..

Orkid dibeli di MAHA. Tinggal gambor je la..

 
Orkid Naim, jua dibeli di MAHA. Tinggal daun tanpa bunga. Tak tau status apa. Hidup segan, mati pun segan..

Orkid Najwa. Bukan nama orkid ni Najwa tapi pemiliknya Kak Najwa. Yang kuning tu Abang Naim punya. Orkid ni still ada. Lama tak berbunga. Masa Mak kat rumah aku bebaru ni dengan mekarnya ia berbunga. Sukerrr..

Ini pun dibeli di MAHA. Aku letak kat opis. Sebulan je jangka hayat orkid ni. Silap aku jugak. Bilik aku takde tingkap. Sian dia.. lemas - distress.

Yang ni aku tak sure whether fragile atau memang jenis pokok yang berbunga hanya sekali. Bunga sangat harum. Kerana itu diberi nama Harum Sundal Malam. Dah 2 kali aku beli pokok Sundal Malam ni. Sekali jer berbunga pastu tinggal daun. Pastu kering. Pastu tinggal pasu kosong. Hatiku kuciwa.

Ada lagi satu pokok kat rumah aku, Abang Naim yang tanam. Balsam. Orang Melayu panggil Keembong. Yang ni hidup. Mudah dijaga (rasanya tak jaga pun). 

Gitulah kisah aku dan pokok. Hati rasa tenang dan gumbira melihat kehijauan dan keindahan alam ciptaan Allah. Jiwa rasa lapang. Besarnya ketenangan yang Allah berikan ini. Syukur atas nikmatMu..

1 comment:

Munajah Cinta said...

damai di hati tengok flora & fauna ini