Monday, January 16, 2012

bezanya hanya beberapa minit II

"Ibubapa perlu serius dalam mendidik anak yang masih kanak-kanak. Sikap memanjakan anak keterlaluan akan menggagalkan usaha ibubapa menjadikan anak cemerlang."

(Anak Adalah Anugerah, Saat Sulaiman)

==========================================================

Aku memang cepat kesian pada budak. Tapiiiii.. bukan semua budak. Budak yang berbudi pekerti mulia sahaja tau. Yang nakal ni memang big cross la kat aku. A VERY BIG BIG CROSS. Memang aku tak sesuai menjadi guru tadika. Hahah.

I'm just wondering..

Mak bapak ni tak ajar ke anak-anak pasal adab? Hmm.. agak kasar statement aku kali nih.

Yang paling aku heran bila mak bapak nengok anak buat perangai camtu sambil tersenyum boleh pulak kata, "Eh.. jangan buat camtu". Gitu je. Tu yang aku tak tahan tu. Kurang-kurang marahlah anak tu. Budak-budak ni kain putih. Kalau dicorak hitam, hitamlah dia. Kalau dicanting batik yang cantik, cantiklah jadinya. Kalau tak diajar, dia tak tau.

Simple.

Kalau ikutkan hati aku, mau je aku tarik budak yang meludah tadi tu. Tambat kat tiang lampu. Memandangkan budak sekarang ni kalau dimarah suka nak protes, maka kita reverse phychology. Jangan pukul dia. Soh dia meludah jangan berhenti. Suka meludah kan.. ludahlah sepuas hati. Kalau dia berenti paksa lagi dia meludah sampai dia nangis dah lenguh mulut dah takde airliur nak meludah. Kena lebih ajar camtulah budak yang kurang ajar nih.

Lebih teruk lagi bila aku pernah jumpa anak yang berani marah dan condemn mak sendiri. Pukul mak sendiri. Depan orang ramai. Mudah lagi, depan aku. Mak pulak tak marah. Memangla budak tu kecik lagi tapi harus diingat. Kecik itulah harus diajar. Kecik pun takdela kecik sangat. 4 tahun tu dah boleh diajar.

Time tu aku pulak yang rasa nak piat budak tu. Kan aku dah kata aku memang allergy jumpa budak nakal, manja terlampau, ngada-ngada nih..

Pastu bagitau kata anak dia ni tak berapa nak dengar kata. Boleh pulak tanya cemana aku buat sampai Naim Najwa dengar cakap aku? Apa aku buat masa mengandung.. apa aku makan masa mengandung.. boleh pulak bandingkan anak dia tak macam Naim Najwa. Haihhhh..

Salah siapa? Bukan salah diri sendiri ke?

Heran aku.

Anak-anak ni dilahirkan fitrah. Ibubapa lah yang mencorakkan mereka..

Bagi aku anak-anak selain dididik dengan ajaran Islam, perlu diajar cara beradab. Adab jangan lalu depan orang tua, adab jangan menyampuk orang tua bercakap, adab jangan mengambil dan memberi barang menggunakan tangan kiri, dan segala macam adab.

Tak taulah tapi aku sangat tak bersetuju dengan mak bapak yang terlalu lenient dengan anak-anak nih. Pada aku ajaran camnilah antaranya yang menghasilkan kes buli di sekolah. Inilah orangnya yang menjadi pembuli nanti.

Tak salah memukul anak. Kalau dia salah, memang kena pukul. Umur ni lah kalau nak mengajar. Melentur buluh biarlah dari rebung. Kalau dah jadi buluh, apa pun tak jadi.

Pukul untuk mengajar bukan untuk mendera. Anak perlu ditegur, disuruh, dimarah, dalam masa yang sama anak perlu disayangi, dipeluk.. jangan terlalu manjakan anak. Spoilt budak tu nanti. Sape yang susah? Mak bapak jugak yang susah..

Terpulanglah pada mak bapak.

Upbringing masing-masing berbeza. Mak aku memang tak pernah pukul anak. Jangankan pukul, marah pun tak pernah. Membebel jauh sekali. Tapi arwah Ayah aku memang tegas orangnya. Dalam masa yang sama dia sangat penyayang. Kami selalu main kejar-kejar, bergumpal bergurau bersama.. dan approach mak ayah sangat terkesan di jiwa aku. Dan seboleh mungkin aku cuba didik anak-anak cemana mak ayah mendidik aku.

Ntahlah.. anak-anak aku pun kecik lagi. Nak komen banyak pun tak berani.

Aku hanya mampu berdoa dan mencuba sedaya upaya mendidik anak-anak menjadi insan soleh dan solehah.

Semoga Allah memelihara kita semua dan memberi petunjuk kepada kita dalam mendidik amanah Allah ini.

1 comment:

Angkel Rul said...

patutnya masa tengah ambik lauk tu, puan jiruskan je dengan kuah asam pedas kat budak tuh.. kalau bulih biar masuk ke mata.. melampau sangat sampai meludah..

hihihi! cadangan adalah gurauan bewok semata..