Sunday, January 15, 2012

bezanya hanya beberapa minit I

"Kadangkala ibubapa lambat menghukum kesalahan anak. Ini akan menyebabkan anak tidak memahami arahan dengan baik. Apabila anak melakukan kesalahan, ibubapa perlu segera menghukum anak supaya anak tahu kesalahan tersebut. Ibubapa yang segera menghukum anak akan menunjukkan KETEGASAN ibubapa dan mendidik anak memahami kenapa perbuatan tersebut tidak boleh dilakukan."

(Anak Adalah Anugerah, Saat Sulaiman)

==========================================================

Dalam perjalanan pulang ke pejabat selepas selesai menghadiri perbincangan di salah sebuah agensi kerajaan, aku melalui satu jalan yang mana kelihatan 2 orang kanak-kanak ingin melintas jalan. Si abang yang umurnya lebih kurang 9-10 tahun menuntun adiknya yang berumur lebih kurang 6-7 tahun.

Hatiku menjadi belas. Kasihan. Ya Allah..

Aku memandang rearview mirror. Aiseh. Ada kereta pulak kat belakang. Hajat hati ini untuk berhentikan kereta dan hantar anak-anak tu balik ke rumahnya. Walaupun aku bukanlah expert sangat jalan kat Putrajaya tu especially Presint 11. Itu blakang kira.

Semenjak bergelar ibu, atau lebih spesifiknya.. semenjak punya anak yang telah bersekolah, hati ini sangat cepat timbul rasa sayang dan kasihan pada kanak-kanak.

Bayangan Naim menuntun Najwa untuk melintas jalan berlegar di ruang mataku. Ya Allah.. tak sanggup rasanya anak-anak aku berdiri di tepi jalan menunggu jalan menjadi lapang untuk ke seberang sana.

Ya Allah.. selamatkanlah kanak-kanak tersebut. Selamatkanlah perjalanannya balik ke rumah. Engkau jadikanlah kedua-duanya insan yang patuh kepada perintahMu, berguna kepada agama, bangsa dan negara.

Maklum sahajalah.. pemandu kenderaan ni selalu terlepas pandang bila melalui selekoh yang berlampu isyarat tu. Risaunya aku kalau apa-apa terjadi pada anak-anak tu. Anak-anak itulah yang akan membentuk negara di masa akan datang.

Tak lekang bacaan Ayatul Kursi aku sedekahkan pada anak-anak tu. Semoga Allah melindungi mereka. Aku tau.. kanak-kanak sentiasa di dalam lindungan Allah.

Tapi.. aku rasa ralat sangat. Ralat sebab tak dapat hantar anak-anak tu ke rumah mereka sedang aku berupaya berbuat begitu. Aku punya kereta sedang mereka hanya berjalan kaki.

Semoga Allah mengampuni aku. Aku ingin benar menolong tapi aku tak dapat memberhentikan kereta tadi. Banyak benar kereta di belakang yang boleh membahayakan orang lain jika aku bertindak begitu.

Tak sampai setengah jam aku tiba di pejabat. Kereta kuberhentikan dulu di tepi cafe untuk menapau makanan tengahari.

Sedang asyik aku memilih makanan terasa kakiku dipukul. Oh.. budak nakal rupanya. Aku ignore je. Aku memang tak kuasa nak melayan bebudak yang 'nakal', manja terlampau, mengada-ngada atau dengan kata mudah tak makan saman ni.

Setiap kali dia lalu sebelah orang, memang itulah kerja budak tu. Pukul orang, pastu lari.

Selang beberapa minit aku terasa lagi kakiku dipukul (dilibas barangkali). Mesti budak tadi nih. Sekali lagi aku ignore.

Aku pusing memandangkan aku masih dalam proses mencari lagi rezeki lain. Mataku terpandang budak tu. Tanpa rasa bersalah, budak tu meludah kat aku.

Meludah? Uh.. Tiba-tiba temperature aku naik. Ini sudah melampau. Nanti dia..

On the way nak keluar dari cafe budak tu lalu sebelah aku dan cuba lagi untuk buat cemana dia buat tadi. Ngam-ngam dia lalu sebelah aku, cepat je tangan aku CUBIT budak tu. Diulangi.. aku cubit budak tu tanpa rasa bersalah. Tak kira. Asal sempat je. Kalau dapat kat muka, muka la yang kena. Lantakla kalau mak dia nampak. Bagi mak dia tau sikit.. anak tu perlu diajar.

Budak tu memang nak melawan (tak puashati la tu) tapi 4 tahun lawan dengan 30-an tahun pasti 30an tahun yang menang ye dak.

Heheh.. puas hati aku.

Sampai bilik aku tersenyum sendiri. Baru kejap tadi kesiankan budak. Tak sampai setengah jam perasaan berubah menjadi marah pada budak.

Hahah.

No comments: