"Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan. Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi. Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan. Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan. Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Allah. Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan. Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang menggetarkan hati. Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti. Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan. Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga."
=========================================================
Aku ada beberapa orang anak buah. Bukanlah besar mana pangkat aku. Kecik je. Aku ni ibarat ikan bilis je kat opis tu. Ada beberapa orang anak buah tu dek kerana anak buah aku based on projects.
Ni antara ciri-ciri anak-anak buah aku..
1 - Laju.
Laju daripada aku wehhhh... aku baru pikir J dia dah sampai M. Tapi sebenarnya bagus dapat anak buah cenggini. Menjadikan aku supaya think beyond. Heheh.
2- Inisiatif
Depa ni banyak inisiatif. Tak payah aku kabo. Tut-tut dah ada depan mata ;-)
3- Rajin
Mana-mana bos pun suka anak buah cenggini. Termasuk aku. Heheh.
4- Proaktif
Aku dapati jarang dapat anak buah cenggini. Tapi kat sini ramai camni. Ni memang aku suka. Keje memang smooth.
5- Keje pantas
Bagus ni. Cakap hanya bila perlu tapi kejenya memang pantas. Baru buat discussion/meeting, hari yang sama jugak.. "Puan, dilampirkan seperti yang diperlukan untuk perhatian puan. Terima kasih". Memang kena reward depa nih.
6- Hormat
Depa ni tau menghormati aku walau ada yang sebaya dan lagi tua daripada aku.
Itulah antara sifat-sifat anak buah aku. Walaupun ada jugak yang acting cam bos, tapi pedulikan je. Memang sifatnya begitu. Selebihnya aku enjoy. Aku rasa masa aku gred diorang pun aku takde sifat cam diorang. Bagus. Diorang ni memang selected. Aku suka. Bos suka. Bos bos lagi suka. Alhamdulillah.
4 comments:
Seronoknye...kontra pulak dgn den ni ha...kena lebih berdoa ni...err, tempat puan xde kekosongan ke?
ekau nak post apo?
ada banyak post kosong tu hehe..tapi (................)
Cleaner exec pon bole.
Post a Comment