"Manusia yang berhati suci adalah manusia yang banyak menangis daripada ketawa. Didiklah hati dengan keikhlasan agar liku-liku kehidupan ini menjadi lebih bermakna dan mengikuti arus perubahan kedewasaan."
=======================================================
Aku ada ramai bos. Hari tu salah sorang bos aku pegi bercuti. Bercuti ke luar negara.
Maka bertanyalah anak buahku tentang percutian..
"Puan tak cuti ke? Cuti macam bos tu?"
Aku senyum je. Jawapan tersebut ada pada senyum. Terpulang kepada mereka untuk menterjemahkannya.
Bukan aku taknak bercuti. Tapi banyak sebab kenapa aku tak bercuti.
1. suami aku tak punya banyak cuti.
Takkanla aku nak bercuti tanpa suami. Takde makna percutian tersebut.
2. tak berpeluang untuk bercuti.
Aku tak sampai hati nak tinggalkan keje aku ni pada opismet dan juga bos (sebok benar dan baik benarla aku ni ye?). Bila dah diberi tanggungjawab, aku wajib tunaikan. Itu sahaja. Cuti aku banyak lagi. Hingga jam aku menulis ni ada lagi 20 hari baki cuti aku.
3. ongkos.
Ni pun salah satu faktor. Kenapa? Sebab aku ada komitmen lain..
4. komitmen?
Aku rasa bersalah dan berdosa andai aku membahagiakan diriku sedangkan Rukun Islam kelima tidak ditunaikan. Aku tau.. harta yang diperolehi akan ditanya.. di manakah ia dibelanjakan. Aku takut. Takut kerana di kala itu mulut terkunci rapat.
Hati aku sentiasa berkeinginan untuk menjadi tetamuNya. Setiap kali aku mendapat berita saudara-mara atau kenalan akan menunaikan haji, deras benar airmataku mengalir. Tanpa kawalan. Hati ini tersangat rindu untuk ke sana. Bimbang kalau-kalau tak sempat menjadi tetamuNya. Layakkah aku menjadi tetamuNya?
Kata Mak, kalau duit dah cukup, jangan ditangguhkan lagi. Dan.. itulah komitmen aku.
Aku sendiri tak pasti.. bila aku nengok orang bercuti ke luar negara.. aku seakan kurang deria untuk bercuti seperti mereka. Tunaikan yang wajib dahulu. Itu pesan Mak.
Mungkin kerana aku dibesarkan dalam persekitaran begitu. Aku memperoleh suami dan keluarga mertua yang jua sepertimana persekitaran aku dibesarkan. Boleh dikatakan setiap tahun ada sahaja ahli keluargaku/keluarga mertuaku menjadi tetamuNya. Tidak kira samada haji atau umrah. Kerana itu mungkin keinginan untuk melancong terpadam begitu sahaja. Dan kami sekufu. Alhamdulillah. Sesungguhnya Allah itu Maha Penyayang.
5. keinginan lain.
Arwah Ayah merupakan seorang anak yatim piatu. Kehidupan zaman kanak-kanaknya sangat meruntun jiwa. Tetapi berkat kecekalan dan ketabahannya, kebergantungannya pada Allah Yang Maha Esa, dia berjaya dalam hidup.
Aku nak anak-anak yatim punya perasaan begitu. Berani, tabah, cekal, tidak mengenal erti kesusahan hidup dan yang paling utama kebergantungan 100% kepada Allah Yang Maha Esa.
Aku teringin sangat nak buka rumah anak-anak yatim. Itu memang cita-cita aku. Itulah keinginan aku. Aku nak sediakan penginapan untuk mereka. Makan dan pakai untuk mereka. Pembelajaran dan pengajian untuk mereka. Membesarlah mereka sepertimana kanak-kanak lain membesar. Ajarkan mereka dengan ilmu Allah sebagai asas. Disusuli dengan ilmu duniawi. Motivasikan mereka agar tahu tujuan hidup di dunia ini. Jadilah mereka insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara. Allahuakbar. Indahnya andai aku berjaya tunaikan semua itu. Hatiku puas.
Dulu sebelum mendirikan rumahtangga aku pernah terpikir nak join Mercy. Aku nak berbakti kepada insan di dunia selagi hayat dikandung badan. Tetapi selepas bersuami dan punya anak, aku dapat merasakan aku perlu switch halatuju aku. Afteral berbakti dan berjihad bukan hanya satu cara. Ia subjektif. Masih banyak terbentang luas di bumi Allah ini. Yang wajib perlu ditunaikan dahulu. Kewajipan mendidik anak jatuh pada no. 1.
Pun begitu, hati ini masih sukakan program-program charity sebegitu.
Andai 2 perkara ini dapat aku tunaikan sebelum menutup mata, hatiku puas.
Dan inilah jawapan kepada senyuman aku.
Biar tiada insan yang memahami. Aku tau.. Allah sangat memahami dan mengetahui apa yang tersirat di dalam hatiku. Semoga suatu hari nanti ia akan terlunas.
3 comments:
cita2 kita sama...mudah-mudahan dimurahkan rezeki kita kearah itu..aminn!!
insya allah nawaitu yg baik akan dipermudahkan jalan oleh Allah swt. doakan aku juga ye..:-)
sahabat2ku,
sama-sama kita berdoa semoga dipermudahkan urusan kita untuk ke sana
Post a Comment