"Sesiapa yang merasa gembira apabila ia melakukan amal baik dan merasa buruk dengan perlakuan dosanya, itulah ciri mukmin sejati."
(Riwayat At-Tirmizi)
(Riwayat At-Tirmizi)
======================================================
Hari ni aku masuk keje setelah bahagia cuti berhari raya. Lemau jugak ni. Al-maklum sahajalah.. bukan selalu dapat peluang balik kampung. Sekali balik rasa cam nak tukar keje kat sana lak. Heheh.
Hari Sabtu pulang ke Negeri Sembilan. 3 hari berbuka puasa di sana. Air tangan masakan mak mertua aku memang best. Tu aku tak nafikan. Hari raya.. menu hari raya tak sah kalau takde lemang dan rendang. Tu tak termasuk lagi lauk tambahan lain daripada kakak-kakak ipar aku. Ada lodeh, masak lemak perut, masak lemak otak lembu. Huh! Raya memang heaven dengan makanan. Biskut raya pun tak bape nak laku. Malam tu kitorang adakan barbeku dan ada menu steamboat. Konyang sampai tersandar den..
Pagi raya ke-2 kami pulang ke kampung halamanku di Kuala Terengganu. Malam tu barbeku kat Terengganu pulak. Disertai lagi dengan acara kanak-kanak main mercun dan bunga api. Tak lupa juga acara tahunan, membakar tempurung kelapa. Kayu dipacak dan tempurung yang telah diketuk lubang di tengahnya disusun pada tiang tersebut. Tradisional ni, hanya betol-betol orang kampung je tau kaedah ni. Tempurung berperanan seperti pelita. Kata arwah Ayah, nak beli pelita tak mampu. Jadi masa kecik dulu dia bakar tempurung.
Wah.. memang seronok berkumpul ngan family nih. Mak sedara dan sepupu-sepupu pun siap datang bertandang sama-sama menikmati kemeriahan beraya. Maklum sahajalah.. kebanyakan mereka ni orang bandar, tak biasa dengan acara membakar tempurung. Rutin malam raya selalu gitu. Akan datang mak sedara mahupun sepupu ke rumah aku menyaksikan acara ni ;-)
Raya kat Terengganu tak sah kalau takde nasi dagang. Cumanya tu menu 1st day raya. Aku melepas. Huhu. Cam biasa, rumah aku sentiasa dikunjungi tetamu. Kata Mak, Mak dah order 3 gantang nasi dagang. Takpela.. takde rezeki aku la tu. Mak order jugak sate. Yang tu pun aku tak sempat merasa. Takpe, sate ni mudah dicari.
2nd day tu nasi Mak order minyak. Ha.. yang tu aku sempat merasa. Ada temosa dan macam-macam lagi lah..
Raya ke-4 mak sedara aku order sate untuk kami sume. Heheh.. akhirnya merasa jua sate Terengganu di hari raya ;-)
Aktiviti raya tak lengkap kalau takde sesi kunjung-mengunjungi sanak saudara. Camtu jugak aku. Rumah aku pun tak menang tangan melayan tetamu yang hadir. Sib baik ada 3 bersaudara (3 bibik. heheh). Kami melayan tetamu selebihnya dilakukan mereka :-)
Dah melepas nasi dagang 1st day raya, punyala aku ngan adik aku ni kempunan nak makan nasi dagang.. raya ke-5 tu usaha kami cari nasi dagang. Surprise.. RM2.50 sebungkus! Wow! Boleh tahan jugak regenya. Seingat aku la.. nasi dagang rege gitu kat KL je. Salah rupanya jangkaan aku. Sib baik sedap. Kalau tak harus aku mintak gantirugi. Heheh.
Aktiviti yang tak penah miss bila balik Terengganu ialah.. pegi pantai. Anak-anakla paling happy. Dan kami picnic kat tepi Pantai Batu Burok, menikmati nasi dagang (nasi dagang lagi..) bersama buah mangga. Nyaman diserikan dengan tiupan angin sepoi-sepoi bahasa..
Gitulah antara citer raya. Nak citer sume tak mampu. Yang pasti citer raya selalunya banyak berkisar pasal makan dan makanan. Tak pasti memang gitu main topic raya atau kerana aku ni memang suka makan, asikla bercerita pasal makan. Hiks!
Apa-apa pun, setiap insan di dunia ini punya kenangan raya yang berbeza dan mencuit hati masing-masing. Apa yang penting, abadikan dan hargai kenangan-kenangan tersebut kerana setiap apa yang dilalui tu takkan berulang kembali. Biarlah kenangan indah itu utuh terpahat di hati dan sanubari masing-masing..
1 comment:
dah lama dah teringin nk buat nasi dagang tak jadi2 gak lagi....Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin..jemputlah ke rumah..
Post a Comment