Thursday, September 08, 2011

hijrah ke arah yang lebih baik

"Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezeki yang mulia (syurga)".

(An-Nur : 26)

=========================================================

'clear water don't sangka no boya'

Orang sering berkata.. kalau dah nama lelaki.. lelaki la jugak. Ye la. Takkan tetiba nak tukar jantina pulok ye dok? Ada pulak umur 40 jantina bertukar. Uh! Horror..

In fact ex-boss aku dulu pun pernah mention bila aku tanya dia nape asik diet. 'You muda you tak rasa lagi. Tengok 20 tahun lagi'. Gitula respon dia.

Kata orang banyak pengalaman, gitulah. Mungkin ada benarnya.

Aku ni baru setahun jagung kawin tak berani nak komen lebih-lebih. Dengar dan ambik iktibar. Itu lebih baik.

Cuma.. untuk mengingatkan diri aku sendiri.. setiap manusia dilahirkan punya nafsu dan keinginan tak kira samada lelaki mahupun perempuan. Bukan semua lelaki tak baik dan bukan semua perempuan baik. Tapi apabila bermula dengan niat tidak baik, semua akan berakhir dengan yang tidak baik.

Yang pertama, betulkan niat untuk mendirikan rumahtangga. Ikhlaskan hati kerana Allah. Kahwin bukan kerana ikut-ikutan, bukan kerana takut menjadi anak dara/bujang terlajak, bukan kerana paras rupa dan bukan kerana harta yang ada padanya. Tetapi kahwin kerana Allah. Sekiranya nawaitu kerana Allah, tidak kira keadaan pasangan kita, kita akan sanggup menerimanya. Akan terbitlah mawaddah dalam perkahwinan tersebut. Apabila niat telah ada, akan disusulkan dengan yang kedua.

Yang kedua sayangilah Allah terlebih dahulu sebelum menyayangi manusia lain. Letakkanlah Allah yang pertama di dalam hidup kita. Antara punca keretakan rumahtangga ialah kesilapan individu menyayangi manusia melebihi daripada menyayangi Allah. Allah dah jadi nombor ke berapa entah. Bila camtu keadaannya, kehidupan hanya dilihat berdasarkan apa yang ada di depan mata. Hikmah di sebaliknya seringkali tidak diambil pusing.

Apa yang cantik di mata, itulah yang disukai dan beraja di hati. Apabila pasangan telah tua berkedut tak cantik seperti mula mengenali, apabila pasangan bodynya tidak lagi seperti bangunan Tabung Haji tetapi seperti bangunan Dayabumi, apabila pasangan giginya takde hanya tinggal gusi, maka mulalah mencari baru sebagai pengganti.

Di mana silapnya kalau bukan kerana 2 faktor di atas.

Entahlah. Takut bila mengenangkannya. Anasir luar terlalu banyak. Semoga Allah kuatkan iman kita dan diberi kekuatan untuk menghadapi apa sahaja dugaan yang mendatang. Hasbunallahu wani'mal wakil..

No comments: