"Sesiapa yang mempelopori sesuatu yang buruk, maka ke atasnya dosa dan dosa setiap orang yang membuatnya tanpa sedikit kurang pun dosanya.."
(Riwayat Ahmad)
(Riwayat Ahmad)
=========================================================
Masa aku kecik jugak, sepanjang Ramadhan akan ada giliran penduduk taman untuk sponsor juadah berbuka puasa di surau taman perumahan aku. Tiap-tiap tahun giliran kami, Mak akan tempah nasi beriani. Sedap oo nasi beriani Pak Latip tu.
Dengan berbuka dengan sebiji kurma, azan akan berkumandang dan solah Maghrib ditunaikan. Usai sahaja solah, jemaah akan turun ke ruang makan untuk menikmati juadah berbuka puasa. Kanak-kanaklah manusia yang paling excited. Tak terkecuali aku. Ada sorang je yang cool, tak excited macam kami. Bilal. Asap berkepul keluar dari mulut lepas dia laungkan azan. Heheh.
Selesai berbuka, ada yang pulang ke rumah dan ada yang stay kat situ. Kami hanya mengikut arwah Ayah. Andai malam itu merupakan giliran arwah untuk menjadi imam, maka kami akan stay. Jika tidak kami akan pulang dan bersiap siaga untuk ikut arwah ke masjid atau surau di mana arwah menjadi imam. Arwah akan menunaikan terawih 20 rakaat.
Kami kanak-kanak akan mengambil saf paling belakang. Mulut terkunci. Kaki diikat. Khusyu' atau tidak belakang kira tetapi tak berani nak berlari-lari mahupun bersembang dalam surau atau masjid. Berlari? Bersembang? Siapla sampai rumah nanti..
Malam-malam bulan Ramadhan kami tido kat bawah. Kata Mak, senang nak kejut sahur. Setiap kali sahur Mak mesti buat milo untuk anak-anak. Pastu kena minum air masak sampai bedil (meriam) ditembak. Naik kembung perut. Pastu Mak ngan Ayah akan ke masjid/surau untuk subuh berjemaah. Mak Ayah pesan, smayang subuh tapi kami adik-beradik ada je aktiviti lain. Ketua dia abang aku. Bila dengar je bunyi keta Ayah ngan Mak balik, sekelip mata 4 kanak-kanak tadi hilang. Masing-masing meluru masuk bilik air. Seronok betul bila diingat-ingatkan..
Itulah rutin kami di bulan Ramadhan. Sehingga aku menginjak remaja.
Sejak Ayah tinggalkan kami pada tahun 1993, solah terawih berjemaah tetap ditunaikan. Kenangan dan ajaran arwah tak pernah pudar. Aku atau mana-mana adik-beradik yang ada kat rumah akan bawak Mak ke Masjid Ladang. Kekadang ke surau taman perumahan kami.
Kini, hanya Mi sahaja yang tinggal bersama Mak. Dan tugas tersebut dipikul Mi.
Apabila terawih berjemaah dikerjakan 20 rakaat, aku sering terkenangkan zaman kanak-kanak dulu. Dan itu antara sebab kenapa aku rasa miss sangat kalau tak dapat pegi masjid/surau untuk terawih. Yelah.. kalau dah buat sendiri tak pernah aku buat 20. Alhamdulillah taman perumahan aku sekarang ada surau. Surau yang sangat 'hidup'. Alhamdulillah.
Kisah terawih ni tak kurang juga kenangannya di zaman dah dewasa.. masa tu aku praktikal. Punyala letih + penat first time keje maklumlah, aku tak taula betapa teruknya kualiti terawih aku. Time sujud tu asikla nak terlelap. Time qiam tu cam nak tumbang rasanya. Tu tak masuk lagi tak tau bape rakaat smayang. Kekadang aku pun tak sedar bilakala pulak aku turun dah tahiyyat nih. Ish ish ish.. sungguh kritikal.
Dan kini kita dah berada di penghujung Ramadhan. Semoga kita sama-sama mengejar yang terbaik dalam masa yang amat singkat ini.
No comments:
Post a Comment