"Yang terbaik daripada kaum muslimin adalah orang yang menahan tangan dan lidahnya (dari menyakiti) Muslim yang lain."
(Hadis riwayat Muslim)
(Hadis riwayat Muslim)
=======================================================
Apakah perasaan anda sekonyong-konyong penglihatan anda hilang?
Panik? Takut? Rasa nak nangis? Atau memang menangis?
Jumaat lepas aku ngadap notebook daripada pagi. Ala biasalah kan.. dah nama pun zaman teknologi takkan nak ngadap mesin taip. Dan memang menjadi kebiasaan aku, hari Jumaat aku tak ke mana. Stay kat upis je. Kalau dulu Jumaat tu memang laju je kaki aku ni merayap. Sekarang ni entahlah. Dah takde rasa nak merayap. Unless aku memang nak cari barang then aku keluar. Sorang pun jadi. Sorang lagi cepat sebenarnya. Tapi kalau gitu tak tunggu Jumaat. Hari lain pun jadi. Kehkehkeh.
Aku keluar bilik nak ke ladies. Nampak 2 orang kerani ni baru balik soping. Aku sembang ngan dia. Aku dah rasa lain sebab macam tak bape nak nampak dia. Payah pulak nak paham citer aku nih. Gini.. aku sembang tapi aku tak nampak dia seperti selalu. Ada part yang aku missing tang muka dia.
Ish.. kenapa ni?
Aku rasa mata berpinar. Dan penglihatan aku tak sama seperti sebelum.
Puas aku cuba tutup mata kanan bukak mata kiri, tutup mata kiri bukak mata kanan. Mata berpinar-pinar. Dan ada part keadaan sekeliling yang aku missing. The worst part.. aku letak both tangan aku kat sisi kepala. Guess what.. aku hanya nampak tangan kanan. Tangan kiri memang aku tak nampak!
Bukan sekali cubaan gitu. Banyak kali aku test yet still tak nampak objek sebelah kiri.
Allahuakbar. Tiba-tiba jantung aku berdegup kencang. Kifarah apa kali ni..
Lepas tunaikan solah zohor aku buat solah hajat. Airmata tu toksah cakapla. Memang ngeri. Allah sahaja yang tau apa yang aku fikirkan. Segalanya mungkin kan? Takde yang mustahil.
Selesai tu aku tidur dengan harapan Allah memulangkan kembali penglihatan aku seperti sediakala.
Alhamdulillah. Bila aku celik mata penglihatan aku dah kembali normal. Alhamdulillah. Syukur pada Allah.
60 minit Allah menarik haknya dan dipulangkan kembali kepadaku. 60 minit cukup lama untuk aku menghadapinya. Bayangkan orang yang selama-lamanya berkeadaan begitu yang lebih teruk daripada apa yang aku rasa. Yang dunianya gelap-segelap-gelapnya.
Aku sendiri tak pasti kenapa jadi camtu. Lupa pulak nak tanya Kak Long. Nantilah aku tanya nanti. Yang penting syukur pada Allah kerana telah memberikan kembali pinjamanNya buatku. Mungkin ini satu peringatan buat aku. Hanya Allah yang Maha Mengetahui sebab musababnya. Sebagai hambaNya, aku perlu muhasabah. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya..
3 comments:
Maha Suci Allah !
KuasaNya mengatasi imaginasi hambaNya. Mohon padaNya tiada apa yang serius terjadi pada sahabatku.Semoga sahabatku ini dalam lindunganNya sentiasa.
Alhamdulillah, you are ok. Ngeri kan bila nikmat ditarik sekejap.
munajah cinta,
terima kasih. semoga Allah melindungi kita semua.
naza,
memang ngeri. sangat ngeri. dah memacam pikir dalam kepala masa tu. Alhamdulillah Allah memberi semula haknya yang dipinjamkan pada kita..
Post a Comment