"Ingatlah hari (ketika) Kami mengumpulkan orang-orang yang bertaqwa kepada Tuhan Yang Maha Pemurah sebagai perutusan yang terhormat, dan Kami akan menghalau orang yang derhaka ke neraka jahannam dalam keadaan dahaga."
(Maryam : 85-86)
(Maryam : 85-86)
==========================================================
Seboleh mungkin aku cuba elakkan menonton cerita bersiri kerana cerita sebegini berhantu. Berhantu membawa maksud bila-sudah-tonton-harus-ditonton-di-waktu-dan-hari-yang-sama-di-minggu-hadapan-sehingga-cerita-tamat. Tu yang den tak gomar tuh. Masa bujang dulu lainlah ye dok? Sume citer buleh jer layan especially citer cina yang memang feveret aku.
Kerana itu jualah aku tak pernah tonton Nur Kasih, Winter Sonata dan lain-lain citer yang menjadi kegilaan masyarakat satu ketika dulu. Lagi menjadi kegilaan, lagi aku takkan nengok. Citer Indon tu tolak tepilah kan. Memang tak masuk senarai. Karut. Cukuplah sorang Indon dalam umah aku. Jangan ditambah lagi Indon yang lain.
Mulanya menempek tepi husband aku nengok Malaysia lawan China Taipei. Berdebor aku nengok. Tu pasalla aku tak suka nengok bola. Sakit dada wehhhh. Orang tutup ngan bantal bila nengok citer hantu. Aku tutup ngan bantal bila nengok bola. Kan ke tak manis tuh. Siap selawat tu nak mintak bantuan Allah. Kihkihkih. Cuma tadi tu satu je la.. nyampah aku ngan referee tuh. Grrr..
Selalu Ahad malam Isnin ni aku layan CSI. Tapi tah cemana aku leh tersangkut lak ngan Stanza Cinta. Bukan kerana cerita ini membariskan pelakon kacak (hahah). Bukan juga kerana Umairah memperagakan tudung Pearl Haya - sekali pandang sudah kukenal tudung itu :-) (inilah rupanya citer yang depa kabo kat aku tu since aku tanya Pearl Haya sponsor citer apa, maklumlah deZahra dah sponsor Nur Kasih dan skarang Buletin Utama TV3).
Jadi, ketepikan alasan yang tidak masuk akal tersebut. Mungkin kerana aku ni memang peminat cerita melayu. Itu pasalla aku tonton. Minat ini semakin menjadi-jadi usai usia dah mencecah 30an ni. Gulp! Faktor penuaankah? Atau apakah?
Err.. nampak gaya minggu depan tercongokla aku depan talibesen pukul 9 malam. Haihhhhh..
*Ralit aku melayan anak-anak dengan Boboiboy. Dah bape round nengok sampai aku dah hafal lirik.. Ying.. Yaya.. Gopal.. dan superhero kita... BOBOIBOY!
1 comment:
bukan Gopal, Najwa kata Gompal. kih kih kih
Post a Comment