"Wajah-wajah (orang-orang mukmin) pada hari itu berseri-seri, kepada Tuhannya mereka melihat."
(Al-Qiyamah : 22-23)
==========================================================(Al-Qiyamah : 22-23)
Memang aku pernah jugak berikan sedas dua supaya Z menyedari akan kehidupan ini. Tapi mungkin mesej tersebut tidak kesampaian dan Z tidak lagi dapat menerima nasihat aku. Z seolah-olah menganggap aku menolak tuah. Z mengatakan fikiran aku kolot. Kampung. Hinggakan aku ada menerima cerita-cerita rekaan yang tidak baik tentangku yang dibawa oleh Z (kenapa jadi begini?) Walaupun begitu Z tidak pernah menunjukkan yang dia pernah memperlakukan aku begitu. Aku sendiri tidak pasti siapakah yang benar. Kalau aku percayakan berita tersebut, sudah pasti kami putus sahabat. Tapi jangan diikutkan musuh yang nyata itu. Biarkanlah dia.
Prinsip aku mudah. Selagi aku tidak mendengar sendiri apa sahaja kata orang kepadaku daripada mulutnya sendiri, selagi itu aku anggap ia bagai angin lalu. Jangan didengari kata orang. Andai ia benar sekalipun, biarlah dia menanggung dosanya. Andai ia tidak benar, bukankah kita menurut hasutan musuh yang nyata itu?
Kekadang aku dapat merasakan Z begitu jauh denganku, seakan ada tembok pemisah. Fikiran kami berbeza, pendapat kami berbeza, prinsip kami sudah pasti jauh berbeza. Tidak lagi seperti dahulu. Tembok pemisah itu terlalu sukar untuk diruntuhkan.
Aku tau Z takkan membaca cerpan (cerita panjang) aku ni. Cemana pulak nak baca, aku tak pernah reveal blog aku ni pada Z. Tak perlulah Z tahu apa yang ada di dalam hati aku. Dan sekali-kali takkan aku reveal blog ini pada Z. Kerana aku tahu Z sekarang bukanlah seperti Z yang aku kenali satu ketika dulu. Liku-liku perjalanan hidup kami tidak sama. Itulah antara punca pemikiran kami berbeza.
Walaupun apa tanggapan Z, aku tidak pernah bersangka buruk pada Z. Jauh sekali mencemburui apa yang dimilikinya. Di atas dasar punya perasaan sayang sesama Islam, lebih tepat lagi rasa sayang yang terbit di dalam hatiku, aku berasa sedih dengan apa yang berlaku. Kerana Z merupakan sahabat aku. Sayang aku kerana Allah. Dan kerana sayang itulah aku amat berharap Z kembali seperti dulu.
Masih terbayang-bayang di ruang mataku.. ketika itu aku hari terakhir persekolahan. Aku, Z dan 6 orang lagi rakan kami sama-sama keluar makan di A&W di pekan KT. Waktu itu A&W sudah cukup hebat di KT. Jarak untuk ke sana dari sekolah kami hanyalah walking distance. Tah cemana on the way back tu selipar aku putus. Susah sangat nak berjalan, aku tanggalkan selipar. Nak tanggalkan sebelah pelikla pulak. Kutanggalkan dua-dua. Z dengan spontan turut sama tanggalkan selipar walhal selipar dia takde masalah. Kata Z, "Susah sama susah, senang sama senang. Kalau orang kata kau pelik tak berselipar, biar orang kata aku sama", kata Z sambil tangannya memaut bahuku diiringi hilai tawa kami berdua. Akrabnya kami.
Tapi itu semua telah berlalu. Telah menjadi kenangan. Kenangan yang takkan berulang kembali. Takkan. Takkan.
Tak pernah lekang doaku pada Allah mohon Allah memberikan hidayah kepada Z. Tak kesahla Z tak tau pun. Dan Z tak sepatutnya tau aku berdoa untuk dia. Ketahuilah Z.. aku sentiasa ada kiranya dirimu memerlukan. Nilai persahabatan itu tidak dinilai dengan wang ringgit. Nilai persahabatan itu kekal hingga ke akhir hayat.
Z.. Aku masih seperti dahulu, seperti yang engkau kenali. Aku bersedia membantu andainya dirimu memerlukan nasihat dan sokongan dariku. Kiranya dirimu ingin pulang ke pangkal jalan jua, aku sedia membantu..
Bila aku berkongsi dengan Kak Long, kata Kak Long.. itulah hakikat sebuah kehidupan yang sementara. Dia jua punya sahabat begitu. Malah lebih teruk daripada itu pun ada. Kita hanya mampu berdoa, adikku. Moga Allah memberi hidayah kepada kita semua. InsyaAllah satu hari dia akan berubah. Rome wasn't built in a day kan? One day the truth will reveal, kata Kak Long.
Moga tidak dipesongkan hati kita setelah diberikan petunjuk.
Yang pasti aku kini bahagia dengan kehidupanku. Walaupun tidak semewah mana, tapi Alhamdulillah kami masih mampu mengecapi kebahagian dan ketenangan. Masih mampu menyedut udara percuma dari Allah. Itu merupakan satu rahmat yang cukup besar yang tidak ternilai. Hidup kami sederhana. Cukuplah dengan apa yang aku miliki sekarang. Bukan rumah besar mahupun kereta mewah yang aku kejar, bukan jua harta tetapi ketenangan serta kasih sayang daripada Allah. Hanya itu yang kucari.
Arwah Ayah pernah berpesan semasa hayatnya, "Ayah tak tinggalkan harta untuk anak-anak tapi Ayah hanya tinggalkan ilmu. Beramallah dengan ilmu itu, insyaAllah kebahagiaan dan ketenangan akan bersama-sama kita di dunia dan akhirat."
Aku sayang sahabat-sahabat aku. Akukah yang berubah atau merekakah? Hanya Allah Yang Maha Mengetahui..
No comments:
Post a Comment