"Dan bahawa sesungguhnya inilah jalanKu yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutinya; dan janganlah kamu menurut jalan-jalan (lain daripada Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah. Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertaqwa."
(Al-An'am : 153)
(Al-An'am : 153)
==========================================================
Kalau bercakap pasal rancangan agama, aku dah jarang nengok Halaqah skarang ni. Konsep Sentuhan Qalbu ni aku kurang minat. Aku lagi suka Akar Tradisi Ilmu.
Skarang ni pon dah tak dapat nengok Tanyalah Ustaz sampai habis. Nak kena hantar Najwa pegi skolah. Takpelah. Yang tu pun beroleh pahala jugak kan..
Bebaru ni Mak introduce satu lagi rancangan agama kat aku. Dan aku rasa sangat into dengan rancangan ni.. TV1 - Turath Ulama' : setiap Selasa-Rabu jam 6.30 petang. Konsep dia kalau orang Terengganu panggil - nadoh kitak (menadah kitab). Ustaz tu akan baca kitab dan kupas isi satu persatu. Aku rasa cam masa-masa aku follow Mak masa kat Terengganu dulu, belajar dengan Ustaz Wahab. Memang jelas dan paham. Walaupun cara lama tapi dek kerana based on kitab aku sangat suka. Dia boleh explain dengan nas dan hadis. Ustaz tu memang ilmu di dada bukan di buku. Aku suka.
Tapi yang buat aku terkilan ialah.. waktu tayangan dan tempoh tayangan. Bakpela buat pukul 6.30 petang. Setengah jam je pulok tu. Rancangan-rancangan agama ni sokmo la gitu kan? Huhu..
Rumah aku ni pulak memang gunapakai undang-undang daripada zaman aku kecik yakni pukul 7 malam wajib off tv. Nak tengok balik tunggu pukul 8.00 malam. Just nice je Turath Ulama' tu abis jam 7.00 malam. Nasib baik.
Kata arwah ayah waktu senja tu bukan waktu mengadap tv. Kita orang Islam. Waktu tu waktu dok atas tikar sejadah. Kalaupun belum masuk waktu, kena ngaji. Al-Qur'an kan tolong kita dalam kubur nanti. Gitula antara pesanan arwah ayah yang aku cuba tanam pada anak-anak aku.
Terlalu hebat cabaran membesarkan anak di zaman ini. Semoga Allah sentiasa bersama kami..
2 comments:
agree with Cahaya Petunjuk.
terlalu hebat cabaran yang sedang dan akan anak2 kita tempuh. sangat merisaukan dan mencabar ibubapa. seperti juga CP...MC banyak menerapkan ajaran2 arwah ayah kita dulu dalam mendidik anak sekarang. it's always applicable walaupon berbeza zaman. insya'allah.. moga anak2 kita menjadi insan cemerlang duniawi & ukhrawi.
munajah cinta,
semoga Allah sentiasa bersama kita..
Post a Comment