Monday, June 20, 2011

ikut-ikutan

Rasulullah saw pernah bersabda : "Sesiapa sahaja yang menyerupai sesuatu kaum itu, maka dia itu termasuk di dalam golongan mereka."

(Hadis sahih - diriwatkan oleh Imam Abu Daud dalam sunannya, Imam Ahmad bin Hanbal di dalam musnadnya dan Imam As-Suyuti di dalam Al-Jami' As-Saghir, disahihkan oleh Al-Albani)

==========================================================

Tanyalah Ustaz weekend lepas bercakap pasal zakat. Tapi ada jugak yang bertanya luar daripada skop zakat. Soalan tersebut berbunyi.. 'Apakah hukum menyambut hari bapa?' sementelah musim hari bapa tengah hot sekarang ini.

Jawab ustaz tu.. 'Dalam Islam tak pernah ada khusus hari ibu, hari bapa, atau apa sahaja hari yang mengkhususkan kepada golongan tertentu. Yang ada cuma Hari Raya Aidiladha, Hari Raya Aidilfitri, Hari Wukuf dan yang seerti dengannya. Jadi apakah hukum menyambut hari bapa/hari ibu? Kalau sudah tiada di dalam Islam kata ustaz tu, janganlah diamalkan. Janganlah mengikut perkara yang tidak dinyatakan di dalam Islam, lebih-lebih lagi perkara yang diamalkan oleh orang-orang bukan Islam.

Rasulullah saw pernah bersabda : "Sesiapa sahaja yang menyerupai sesuatu kaum itu, maka dia itu termasuk di dalam golongan mereka." (Hadis sahih - diriwatkan oleh Imam Abu Daud dalam sunannya, Imam Ahmad bin Hanbal di dalam musnadnya dan Imam As-Suyuti di dalam Al-Jami' As-Saghir, disahihkan oleh Al-Albani)

Islam mengajar umatnya menghormati ibu bapa setiap masa dan ketika. Bukan hanya terhad kepada hari-hari tertentu sahaja seperti pada hari ibu atau hari bapa.

"Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “Ah”, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun). Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): “Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.”

(Surah Al-Israa' : 23 - 24)


Sebelum tu ada jugak aku nengok Tanyalah Ustaz episod apa yek hari tu. Dok ingak la pulok. Ada penonton bertanya perihal cukur jambul. Adakah amalan tersebut bidaah?

Jawab ustaz tu.. cukur jambul TAK PERNAH ada dalam Islam. Yang ada cukur seluruh kepala. Kata ustaz tu lagi, itu hanyalah adat. Kita orang Melayu suka jadikannya sebagai ikut-ikutan. Cukur jambul merupakan adat Hindu. Ustaz tu ulang lagi.. dalam Islam kalau nak cukur, cukur seluruh kepala bukannya hanya dua tiga helai. Itu merupakan adat Hindu. Wa iya 'uzubillah..

Sekali lagi..

Rasulullah saw pernah bersabda : "Sesiapa sahaja yang menyerupai sesuatu kaum itu, maka dia itu termasuk di dalam golongan mereka." (Hadis sahih - diriwatkan oleh Imam Abu Daud dalam sunannya, Imam Ahmad bin Hanbal di dalam musnadnya dan Imam As-Suyuti di dalam Al-Jami' As-Saghir, disahihkan oleh Al-Albani)

Renung-renungkan..

No comments: