Saturday, June 04, 2011

nikmat yang tak terhitung

"Wahai orang-orang yang beriman, jadikan sabar dan solah sebagai penolongmu. Sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang sabar."

(Al-Baqarah : 153)

======================================================

Alhamdulillah.. syukur padaMu Ya Allah. Rezeki yang Engkau kurniakan buat kami tak pernah putus malah tidak terduga dek akal. Subhanallah.. terlalu banyak nikmat yang Engkau kurniakan kepada kami. Aku amat bersyukur dengan setiap kurniaan dariMu.


Ya Allah.. jadikanlah kurniaan yang Engkau anugerahi ini sebagai pemangkin untuk aku lebih mendekatiMu bukan semakin lalai dari mengingatiMu kerana tiada yang mustahil olehMu. Cukuplah dengan Kun Fayakun dan semuanya akan berlaku. Tetapkanlah dan kuatkanlah iman kami dalam mentaati perintahMu serta meninggalkan laranganMu, amin.

2 comments:

Munajah Cinta said...

alhamdulillah.mesti gud news nih...:)feel great too :)
)

cahaya petunjuk said...

Alhamdulillah. thank you my dear.