Wednesday, June 01, 2011

hari ini dan semalam part 2

"Jika Allah menimpakan sesuatu kemudaratan kepadamu, maka tidak ada yang dapat menghalangnya kecuali Dia. Dan jika Allah menghendaki kebaikan itu kepada siapa sahaja yang diikehendakiNya dan Dialah Yang Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang."

(Yunus : 107)

=========================================================

Dan aku rasa aku perlu ada skill tu. Banyak ni kena belajar ngan dia. Sesungguhnya pengalaman mematangkan kita. Allah sengaja menemukan aku dengan orang sebegini supaya aku belajar. Matang dan rasional. Itu entiti penting.

Tapi aku bukan nak bercerita pasal Mr K. Cerita aku kali ni ialah perihal follow up aku ke Hospital Ampang.

Percaya atau tidak.. dek kerana call sana call sini aku hanya menunggu setengah jam yang mana aku spent untuk baca Solusi. Wow!!! Bersiap sedialah membayar bil telefon bulan ni. Hahah.

Aku masuk jumpa doktor lebih kurang pukul 1.

Macam-macam bercerita dengan doktor. Doktor ni memang buat thorough checkup. Yelah.. kalau dah nama Pakar Perunding Hematologi, of course checkup tip top. Yang paling utama..

Doktor : You dah sihat. Lepas ni kita jumpa setahun lagi. By the way anak you dua orang. Taknak tambah ke?
Aku : Nak tapi saya takut doktor. Trauma betol rasanya.
Doktor : You dah ok. 5 years already. Kalau nak tambah cepat-cepat. Sekarang dah 34.
Aku : (Senyum jer)
Kak Mah (nurse) : Tahun depan Norul datang bagitau Kak Mah dah ada baby.
Aku : (Senyum lagi)

Aku serahkan segala-galanya kepada Maha Pencipta. Dia lebih mengetahui yang terbaik untuk diriku.

Lepas amik ubat kat farmasi (tak sakit apa pun cuma sore throat - amik gargle + antibiotik Zinnat - aku suka doktor ni bagi Zinnat kat aku - nak harapkan aku beli - uh! mahal wehhh) aku terus menuju ke kereta. Hati sangat gembira. TCA aku lagi setahun. Macam tak percaya. Setahun. Terngiang-ngiang kata-kata doktor.. 'you dah sihat.. kita jumpa setahun lagi..'

Subhanallah..

Dalam kereta menuju balik ke Dengkil melalui MRR2 dan MEX.. airmata aku mengalir tak putus. Sukar untuk diceritakan di sini. Sukar.

Peristiwa pahit tu berlaku 5 tahun lepas. Proses untuk menerima kenyataan bahawa aku pengidap kanser itu terlalu payah untuk diterima. Pada ketika itu aku tidak mahu bertemu sesiapa, panggilan telefon tidak dilayan, apatah lagi yang datang ingin menjenguk. Kenapa aku? Kenapa aku?

Tapi percayalah.. tiada siapa yang dapat memberi kekuatan selain Allah Yang Maha Besar. Aku sendiri tidak dapat menerangkan dari manakah kekuatan itu datang. Cukuplah kalau aku katakan semuanya datang daripada Allah. Dengan kekuatan itulah aku boleh menerima kenyataan dan sekelumit sakit pun tidak aku rasai ketika menjalani rawatan BMA, kemoterapi, radioterapi, CT scan, PET scan. Semua itu berlaku sejurus selepas aku melahirkan bayi pramatangku, Najwa.


bersambung..

6 comments:

Wawa said...

my fren,
kamu adalah intan terpilih yg dianugerahkan dugaan itu, kerana Allah tahu kamu mampu menempuhinya, Allah tahu semangat kamu kuat dan kamu sentiasa memberi semangat untuk teman2 lain walaupun kamu sendiri dilanda masalah...semoga Allah sentiasa merahmatimu sahabat....amin ya rabbal alamin..

Munajah Cinta said...

diberi olehNya ujian itu dan dikurniakaNya kekuatan luarbiasa itu. airmata mengalir tanpa diduga mengenangkan kasih sayangNya yang begitu tinggi pada hambaNya. moga kita akan menjadi hambaNya yang lebih baik pada hari esok dan seterusnya.

take care my dear

Noorz said...

Sahabatmu tumpang gembira :-D...

cahaya petunjuk said...

aineena,
semoga dirimu jua beroleh rahmat dan perlindungan dariNya.

munajah cinta,
insyaAllah. take care to you too dear.

noorz,
terima kasih sahabat. semoga kita semua sentiasa di bawah lembayung kasih sayangNya.

fat said...

kita doakan cik puan nono kita sihat sentiasa hendaknya. kita kena cari time ni nak sembang panjang2 nih.

cahaya petunjuk said...

fat,
terima kasih.

* memang banyak perkara yang nak 'dibincangkan'. heheh. i know, u know ;-)