"Ujian adalah tarbiah dari Allah. Apakah kita akan sama atau sebaliknya. Kesenangan yang datang selepas kesusahan, semuanya adalah nikmat dari Allah."
========================================================
Sejak Saba operate ni, hati aku sokmo ingat ke Saba.
Tadi petang aku mesej Yusri. Kata Yusri Saba masuk OT lagi sekali. Pagi tadi doktor nak cabut tiub yang dekat tepi (tiub yang aku kata besar tu). Tiub tu satu ke jantung, lagi satu ke paru-paru. Yang jantung dah dapat cabut, yang salur ke paru-paru tak dapat cabut, tersangkut.
Allahuakbar. Allahuakbar. Terduduk aku dengar. Besarnya ujian buatmu adikku. Sabar wahai adikku. Ganjaran pahala menantimu, percayalah. Sesungguhnya Allah itu Maha Penyayang Lagi Maha Mengetahui.
Aku tak sedap hati. Call Yusri.
Kata Yusri, doktor dah cuba cabut daripada pagi lagi tapi tak berjaya. Bila dah takleh cabut (Ya Allah.. tak dapat aku bayang kesakitan tu) doktor cuba bius Saba dan cabut lagi sekali tiub tu. Still tak berjaya. So doktor terpaksa operate lagi sekali untuk keluarkan tiub yang tersangkut tu.
"Kak Norul tolong doakan Saba selamat ye".
Allahuakbar. Hiba sangat aku dengar. Saba.. doa Kak Norul buat Saba tak pernah putus. Orang baik Allah tolong Saba. Allah sentiasa bersama Saba. Percayalah. Yakinlah padaNya.
Berat sungguh ujian buat Saba. Tapi percayalah Saba.. setiap yang berlaku itu bukanlah sia-sia. Bukan sahaja kepada yang diuji tetapi jua kepada yang melihat. Sama-sama kita bermuhasabah dan berfikir. Semoga Allah merahmati kita semua.
Memang terasa betapa kerdilnya kita sebagai hamba Allah, tidak upaya melakukan apa-apa. Hanya mampu berdoa. Dan doaku tak pernah putus untuk Saba.
Allahuakbar. Operation bermula pukul 3 petang. Petang dalam pukul 6 Yusri mesej aku bagitau Saba dah selesai operate, sekarang kat ICU tapi masih belum sedar.
Kata Kak Zu, sama-sama kita sembahyang hajat untuk Saba. Sesungguhnya hanya kepada Allah tempat kita mengadu dan merintih.. Ya Allah.. Ya Allah..
2 comments:
Sama-sama kita doa untuk saba..Amin
Amin.
Post a Comment