"Ada dua makhluk yang dicintai Allah. Dan dua makhluk yang dimurkaiNya. Adapun dua jenis makhluk yang dicintai Allah itu adalah makhluk yang mentradisikan budi pekerti luhur dan dermawan. Sedangkan dua jenis makhluk yang dimurkai Allah tu ialah makhluk yang bermoral buruk dan kikir. Jika Allah mengkehendaki kebaikan kepada seorang hamba, Dia akan menjadikan hamba itu pemenuh keperluan manusia."
(Hadis riwayat Tirdmidzi)
(Hadis riwayat Tirdmidzi)
==========================================================
Kata husband aku, template ni annoying. Hmm.. tengokla kalau ada kesempatan tukar template lain aku tukar. Nyampah nengok photobucket tu, guna la dulu template ni.
Selalunya bila aku tukar template, Saba mesti mesej aku, "Wow! Template baru", "Suka tengok blog Kak Norul", "Lawa la template ni", "I like", "Saba suka baca blog Kak Norul", dan macam-macam lagi.
Tapi kali ni takde komen dari Saba..
Tadi petang aku dan suami ke IJN. Risau bila dapat call daripada Kak Zu bercerita pasal Saba. Terus aku mesej Kak Long. Lega sikit bila Kak Long kata, tu major op yang involve vital organ, of course it will takes time untuk Saba sedar, insyaAllah ok. Pun begitu, hati ini masih diulit kegusaran, kerisauan dan kegundahan.
Sampai di IJN jumpa mak dan mak mertua Saba. Kami perlu bertukar pas memandangkan Saba masih di ICU. Sekali masuk cuma 2 orang. Macam aku di HDW dulu.
Dari kejauhan I can saw tubes running over her body - 4 tebukan di leher disambung dengan 4 tiub, 1 tiub di tangan, 2 tiub berdiameter 2cm setiap satu disambung dari area operation (sebelah tepi dada kanan) ke 2 bekas. Merah cecair dalam tu. Tak pasti darah atau apa. Saba masih menggunakan alat bantuan pernafasan. Tak dapat aku bayangkan kesakitan yang dialami..
Tiba di katil Saba aku memberi salam. Saba menjawab salam. Suaranya sangat perlahan. Lepas sahaja menjawab salam, perkataan pertama keluar dari mulutnya, "Kak Norul, Saba mintak maaf, Saba rasa ngantuk. Ubat bius ada lagi. Tak dapat cakap sangat dengan Kak Norul". Ya Allah.. sungguh lembut insan ini. Belum sempat aku berkata apa, lafaz maaf telah keluar dari mulutnya.
"Takpe Saba, Kak Norul paham. Kak Norul yang sepatutnya mintak maaf. Lambat Kak Norul datang jenguk Saba (ini bukan masanya untuk bagitau yang aku tak sempat melawat dek kerana tuntutan duniawi yang sering mendesak). Aku pandang wajahnya. Usap pahanya yang diselimuti kain batik. Cuba untuk menjadi kuat.
Mata dipejam seolah memberi isyarat, takpe Kak Norul. "Terima kasih Kak Norul".
"Kak Norul datang berdua je ke? Naim Najwa tak ikut?"
Ya Allah.. dalam keadaaannya yang sakit masih ada ingatannya pada anak-anakku. Sungguh aku terharu.
Sepanjang aku sakit satu ketika dulu, Saba lah orang pertama yang akan datang melawat aku di wad. Tapi bila dia di wad, aku tak dapat menjadi orang pertama yang melawatnya.
"Kak Norul.. dia operate kat sini", Saba cuba bercerita sambil tangannya cuba tunjuk ke arah tempat yang dibedah. Saba dah pernah bagitau aku hal tu. Matanya sangat kuyu, namun masih cuba untuk melayan aku.
"Ya Saba. Saba rehat. Sakit lagi ke?", aku cuba berada di tempatnya. "Sakit lagi sikit-sikit..", jawabnya. Aku tau bukan sikit sakitnya.
Hati aku mula sebak. Melihat keadaannya. Terbayang-bayang sewaktu dia sihat. Kebaikan yang ada pada dirinya, sentiasa segar dalam ingatan aku. Kain pasang, jubah, tudung, blouse, brooch, banyak pemberiannya padaku. Barang tupperware toksah cakapla. Bila sahaja kami berjumpa, pasti ada buah tangan darinya. Bukan itu nilaian kebaikannya, tapi hatinya cukup mulia, tulus, mulus..
Masih terngiang-ngiang lagi kata-kata Saba sewaktu kami berjumpa di Pasar Tani Putrajaya 2 minggu lepas. Seperti biasa, ada sahaja cerita yang akan dikongsi.
"Saba takut Kak Norul.."
"Takpe Saba, insyaAllah selamat. Allah sentiasa bersama kita. Kak Norul sentiasa mendoakan Saba. Doakan keselamatan Saba, doakan semoga Saba sentiasa yakin kepadaNya. Kak Norul percaya Saba seorang yang kuat dan tabah".
Pertemuan kami diakhiri dengan pelukan dan ciuman di pipiku dari Saba. "Kak Norul, Saba mintak maaf banyak-banyak". Ya Allah.. dirimu tidak pernah berbuat salah wahai adikku..
Aku pandang mesin dan wayar yang bersambung-sambung. Cuba menggenggam tangannya tapi tak dapat dek kerana banyak wayar berselirat.
Aku nampak ada air dalam mug dan straw. "Saba dah mula minum ke?"
"Dah Kak Norul. Makan pun dah. Makan bubur", suaranya sangat perlahan. Mata pun cuba dibuka walaupun hampir terpejam.
"Alhamdulillah. Alhamdulillah. Saba akan sihat. Kak Norul sentiasa doakan Saba. Setiap saat. Allah ada Saba. Allah sentiasa ada untuk Saba. Nanti dah sihat kita lunch sama-sama ye. Nanti Saba boleh datang umah Kak Norul. Hari tu Saba kata nak datang umah Kak Norul kan."
Saba hanya mampu mengangguk.
Aku makin sebak. Sebak melihat keadaan Saba.
Airmataku dah mula bertakung. Dah sampai masa untuk aku beredar.
"Saba.. nanti Kak Norul datang lagi ye. Kak Norul sayang Saba".
Dan.. airmataku jatuh.
Ya Allah.. Engkau selamatkanlah Saba. Sembuhkanlah dia seperti sediakala. Hanya kepadaMu aku berserah. Hanya Engkau yang berkuasa atas tiap-tiap sesuatu.
Ya Allah.. ini hanyalah kasih sayang sesama manusia yang hanyalah setitis daripada lautan kasih sayang yang Engkau miliki. MasyaAllah.. sesungguhnya kasih sayangMu mengatasi kasih sayang sesama manusia..
3 comments:
norul, terharu membaca entry ttg Saba ni. Moga Allah swt melindungi kesejahteraannya dan moga cepat sembuh seperti sediakala.amin.
terharu..sebak..sedih..semoga saba cepat sembuh ..insyaallah..
MC & KA,
terima kasih. hanya kepada Allah jua tempat kita mengadu.
Post a Comment