Monday, April 04, 2011

sama tapi nyata tak serupa

"Bertakwalah kamu pada Allah dan berlaku adillah terhadap anak-anak kamu."

(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)


=========================================================

Scene 1

Mama : Najwa.. bawak naik beg sekolah ni.

Najwa : Ya Mama (sambil bukak zip beg)
.
Mama : Kenapa Najwa bukak zip? Kan Mama soh bawak beg naik atas?

Najwa : Ya. Kejap je Mama. Najwa keluarkan
pencil case dulu.
Mama : La.. Mama soh bawak naik.
Najwa : Ok. Susahla cakap tak paham ni.

Mama : Aih? Sape yang tak paham?
Najwa : Takde pape (sambil menyengih).



Scene 2

Kami menjemput Naim dan Najwa dari kelas mengaji..


Naim : Mama.. tadi Najwa jadi ustazah. Najwa berdiri kat depan pegang rotan cam ustazah.

Mama : Eh? Adik buat apa kat depan?

Najwa : Tadi tu mustazah tanya sape nak ikut mustazah. Najwa angkatla tangan.

Naim : Adik jadi ustazah Mama..

Ayah & Mama : (Saling berpandangan, hanya Ayah & Mama sahaja yang betul-betul mengenali Najwa binti Salman)

mustazah = ustazah


Najwa tada kesah apa orang kata. Janji dia hepi dengan apa yang dia buat.


Scene 3
Najwa : Mama.. semalam Najwa kena denda berdiri atas kerusi.
Mama : Kenapa?

Najwa : Cikgu suruh.

Mama : Kenapa?

Najwa : Sebab Najwa jawab.

Mama : Sape lagi yang berdiri?
Najwa : 3 orang. Najwa sorang je pempuan. Tapi takpe, tak lenguh pun kaki Najwa.
Mama : .....

jawab = cakap


Najwa dah pecah rekod. Kami suami isteri sepanjang alam persekolahan tak pernah kena denda berdiri atas kerusi.


Antara Naim dan Najwa, bezanya amat ketara.

Naim antara lain sifatnya lebih banyak memerhati, banyak menganalisis, pendengar yang baik, kreatif, cepat memahami jiwa orang dewasa, matang, berfikir sebelum bercakap, cukup berhati-hati dalam percakapan.

Najwa jelas memperlihatkan sifatnya melalui tindakan. Menggunakan konsep action speaks louder than words, hatinya cekal, berterus-terang, sukar menangis, sukar mengalah, keyakinan diri yang sangat tinggi, peramah, suka berbahas, sukar mengaku kalah, memang pandai politik ;-)

Kata Mak satu hari ketika tengok tv budak-budak sekolah berbahas, "Kalau Najwa dah besar, Mak suruh dia masuk ni".

Kata Mak lagi ketika tawaran pengacara tv ditayangkan di tv, "Kalau Najwa dah besar Mak dah suruh dia hantar permohonan tu".


Sesungguhnya anak-anak dilahirkan berbeza walaupun daripada rahim yang sama. Walaupun sangat berbeza perwatakannya tapi kedua-duanya unik dan punya keistimewaan yang tiada tolok bandingnya!

Syukur padaMu Ya Allah..

2 comments:

princessmahsuri.blogspot said...

on day Senator Najwa nihhh dear :) sweetnya lah dia..

cahaya petunjuk said...

hahah. ginilah najwa :-)