"Kita bukanlah manusia yang baik. Kerana itulah kita perlu mencari kebaikan dan bersahabat dengan orang yang baik."
=========================================================
Hari tu aku ada bengkel di salah satu agensi di Putrajaya. Team aku, system development kat aras 6. Team lagi satu, database kat aras 5.
Lepas lunch aku terpaksa ke aras 5 sebab nak siapkan timeline database program nak dimasukkan dalam project charter. Notebook dah bukak.
Aiseh. Mana lak adapter notebook nih. Ni mesti tertinggal kat aras 6.
Maka dengan muka tak malu aku terpaksa mintak ihsan adapter bos aku (bos database ni kira bos aku jugakla). Sib baik dia tak kisah (bos ni memang baik - very motherly. aku kenal dia masa mula-mula service dulu. tut-tut jumpa kat sini pulak).
Dah selesai tu notebook aku masukkan dalam case. Dan aku naik ke aras 6.
Sampai aras 6, aku bukak case. Cari adapter nak connect ke notebook. Astaga wa laga aspalole. Takdak la pulak adapter cheq.. pi tang mana pulak dah..
"Kan puan letak dalam case ni tadi", kata Hani.
"Ha ah kan. Tapi apsal takde lak Hani.. muskil betul. Takpela. Saya turun bawah cari"
Haihhhhhh.. naik turun naik turun. Sungguh membuang masa, tenaga, lemak, lektrik lif dan sebagainya.
Aku ketuk pintu.
"Ha.. apasal Norul?", tanya bos aku tuh.
"Saya terlupa la puan adapter saya. Mana ntah saya letak. Kat atas tadi takde pulak. Pelupa betol."
"Atas kerusi tu sape punya?", tanya officer daripada agensi tuh.
"Ha ah lah... thank you", sengih je la aku.
Bisik bos tu kat aku, "I rasa sejak kita masuk institusi ni kita jadi gini. I pun jadi pelupa".
Kahkahkah. Sakan kami gelak.
Memang tak fokus betol rasanya. Itu bukan sekali aku lupa. Dah banyak kali peristiwa cenggitu berlaku. Memang haru.
I need a PA. Buleh gitu?
No comments:
Post a Comment