Saturday, April 16, 2011

pengajaran dan pelajaran

"Padahal sesungguhnya bagi kamu ada (malaikat-malaikat) yang mengawasi (pekerjaanmu), yang mulia (di sisi Allah) dan mencatat (pekerjaan-pekerjaanmu) itu)."

(Al-Infitar : 10-11)

=========================================================

Macam-macam yang berlaku..


Kak Long selamat melahirkan anak bongsunya, Nurul Hanan 7 April lepas. Alhamdulillah both selamat dan sihat. Hadiah Hanan pun aku tak beli lagi. Apa la adik ni sorang. Sebok ngan urusan duniawi..

Adam pulak kena tampar ngan cikgu 8 April lepas.

Huh! Aku memang panas. Hanya kerana tak buat
homework kena tampar. Kenapa tak buat homework? Sebab tak pegi sekolah. Kenapa tak pegi sekolah? Sebab demam.

Do you expect
budak tu akan call classmates dia tanya homework walhal budak tu terlantar sakit? Come on la cikgu. Jangan kerana awak memegang title Guru Disiplin awak boleh buat sesuka hati! Tak ke gila namanya menampar budak umur 12 tahun dengan alasan yang tak masuk akal?

Kalau ye pun nak denda, cukuplah libas sikit kat tapak tangan. Tu pun pada aku still tak masuk akal sebab dia bukan ponteng sekolah tapi tak datang sebab sakit.

Abang aku.. jentik anak pun tak pernah. Memang aku respek. Dia ni makhluk ciptaan Allah yang punya sifat kesabaran yang sangat tinggi. Orangnya cool dan sentiasa steady. Tak hairanlah dari kecik sampai ke besar banyak pujian yang aku dengar pasal abang aku.

Dah.. tertukar topik pulak. Aku bukan nak citer pasal abang aku. Kita ke topik asal.

Yang buat aku hangin lagi tuh sebab anak sedara aku ni budak
nerd. Bukannya budak nakal. Aku kenal sangat ngan anak sedara aku nih. Hobinya baca buku, nengok History Channel, games tu memang tak minat langsung..

Cikgu ni tak sedar yang dia telah membawa satu budaya 'pukul' di kalangan pelajar. Budak yang dipukul akan memukul. Ni semua meruntuhkan akhlak remaja sekarang. So siapa punca? Jelas satu elemen telah dikenalpasti..

Sebagai mak saudara, aku doakan cikgu tu dapat balasan setimpal. Aku dah bagitau Adam.. doa pada Allah mintak cikgu durjana tu dapat balasan setimpal. Doa orang teraniaya tu makbul tau. Nanti dia.. dia ingat dunia ni dia yang punya. Dia belum tau langit tinggi rendah.
Allah Maha Melihat apa yang dikerjakan. Allah tu Maha Adil dan Maha Penyayang.

Dan-dan tu aku rasa alangkah baiknya kalau aku ada kabel dengan kementerian. Ada la habuan cikgu yang spesies cenggitu. Takpe, dengan berlakunya peristiwa sebegini, aku perlu cari jalan. Bak kata KE.. bertindak atas maklumat. Apa yang penting.. kerjasama. Ah! Takde maknanya Wonderpets tang ni.

Apa yang penting.. bergantung dengan Allah dan mohon yang terbaik dariNya. Dia Maha Berkuasa. Semua takkan berlaku tanpa izinNya..

2 comments:

Anonymous said...

Gila ke hape cikgu tuh! Memang moral cikgu2 sekarang (tak semua) tak boleh nak banding dgn cikgu2 dulu. Dulu walau cikgu marah kita, still kita rasa takut tp respect. Tapi skrg, pantang student silap, bersembur mulut dgn maki hamun. Cemana student nak respect? Kalau anak Azi larr yg kena tampar, tau larr cikgu tu langit tinggi ke rendah! **Mintak maap Nono.. Bab2 ni, mmg emosi terlebih... Huh!

cahaya petunjuk said...

sape-sape pun emo azi. kita ikhtiar yang terbaik. Allah bersama kita kan..