Monday, February 07, 2011

from Terengganu with love part 1

"Hanya milik Allah Asmaul Husna, maka bermohonlah kepadaNya dengan menyebut Asmaul Husna itu dan tinggalkanlah orang-orang yang menyimpang dari kebenaran dalam (menyebut) nama-namaNya. Nanti mereka akan mendapat balasan terhadap apa yang telah mereka kerjakan."

(Al-A'raf : 180)

==========================================================================================

Penat masih terasa. Maklum sajalah.. terperangkap dalam jam. Bertolak pukul 12.00 tengahari sampai pukul 12.30 malam. Kata orang, dah tau hari jam kenapa bertolak time tu? Kata aku pula.. bukan senang nak balik kampung. Ambillah peluang untuk bersama bonda tercinta selagi kita diberi peluang. Masa yang akan datang belum tentu lagi kita berpeluang.

Bak kata orang dalam percintaan, 'Lautan api sanggup kurenangi' inikan pula jam. Buleh gitu? Mana buleh. Takdok manusia sanggup renangi lautan api. Neraka la tu wehhhh.. wa iya 'uzubillah. Karut sungguh bidalan tu. Takyah tunggu lautan api, banjir sikit pun dah lari entah ke mana.

Gitulah manusia ni, suka melampau dalam perbuatannya.

Sambung balik citer aku balik kampung. Walaupun balik Terengganu kejap je tapi masa yang ada aku gunakan sebaiknya. Sebaiknya.

Ziarah sedara aku yang sakit (antara tujuan utama kami balik kampung selain melihat wajah bonda tercinta - tengok mak ayah dapat pahala tau!*), menikmati kehidupan bersama Mak, menikmati kehidupan di Terengganu yang aman damai,.. ah... masih terbayang-bayang pegi beli breakfast kat Bukit Besar, Panji Alam, Chabang Tiga, bakar daun-daun dan rumput kering kat halaman umah, dapat menghidu asap bakar sampah.. ah... so lively.. itulah saya. Walaupun rumah saya kat Terengganu tu di kawasan taman perumahan, tapi jiwa saya jiwa kampung, jiwa orang Melayu.

Bila bercerita tentang ziarah sedara aku.. cukuplah aku katakan insaf aku melihat keadaannya (sebab itulah Allah menggalakkan kita menziarah orang sakit). Bumi ni bulatkan.. kehidupan tak selamanya indah. Sebanyak mana pun harta yang kita ada, setinggi manapun pangkat yang dikurniakan, tapi itu semua pinjaman yang tidak kekal. Dan kita tak selamanya muda. Sampai satu masa kita akan tua. Bak kata Kak Long dalam smsnya kepada kami adik beradik..

'Allah meminjamkan kita dengan berbagai nikmat yang tak terhingga sehingga setengah daripada kita lalai untuk mensyukurinya. Kak Long insaf dan bersyukur sangat kerana kita dilahirkan oleh ibubapa kelas pertama - seperti kata Ustaz Dr. Zainal dalam Halaqah semalam. Semoga Allah sentiasa merahmati dan meredhai segala amalan kita. Amin.'

Hatiku terusik. Mata berkaca terkenangkan arwah Ayah. Terima kasih Ayah. Tapi terima kasih bukan hanya di bibir mulut. Ayah menantikan doa dan ayat-ayat suci daripada anak-anaknya. Ayah sanggup berbuat apa sahaja demi anak-anak semasa hayatnya. Sungguh kejam bagi seorang anak sekiranya sanggup melupakan Ayah yang banyak berjasa kepadanya.

Kata Mak, "Alhamdulillah.. anak-anak Mak soleh solehah semuanya". Sekali lagi hatiku terusik, mata berkaca lagi. Ya Allah.. besar sungguh pengharapan seorang ibu, tak terkecuali aku. HambaMu ini cuba untuk menjadi anak yang solehah. Bimbinglah hambaMu ini Ya Allah. Sesungguhnya Engkau Maha Penyayang.. Maha Pengasih.. kami mengharapkan kasih sayang dariMu Ya Allah..

Semoga Allah merahmati kami sekeluarga..

Nota kaki : 5 perkara yang mendatangkan pahala jika kita melihatnya dan sangat mudah untuk dilakukan (aku tak ingat susunan yang mana dulu):
1) Kaabah
2) Ibubapa
3) Al-Qur'an
4) Air zam-zam
5) Pokok-pokok hijau ciptaan Allah

No comments: