"Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa Lagi Maha Pengampun."
(Al-Mulk : 2)
(Al-Mulk : 2)
==========================================================================================
Aku tau di zaman sekarang bukan senang nak dapat masuk MRSM. Life is so challenging. Tapi alhamdulillah Pi berjaya. Semua ni dari Allah. Semua takkan berlaku tanpa izinNya.
Seperti biasa bila ada perkara yang berlaku ibarat bulan jatuh ke riba ni aku akan analisis. Dan aku rasa.. itulah hadiah Allah buat Kak Long.
Kalau bab keje, kakak aku ni memang komited. Komited maksud aku ialah menggunakan sepenuhnya 8 jam yang diberikan (lebih daripada 8 jam sebenarnya) hanya untuk keje. Tu tak termasuk lagi peribadi dia yang lain.
Kakak aku selalu outstation atas urusan mesyuarat dengan WHO atau bagi talk di luar negara. Tapi setiap kali ke luar tak kira ke negara 4 musim mahupun negara yang beriklim khatulistiwa, dia mesti mengenakan Baju Kurung. Kata Kak Long, dia membawa nama Islam, Melayu dan Malaysia. Itu amanah yang diberikan mesti ditunaikan dengan baik. Kak Long ni memang patriotik!
Aku perhatikan rezeki Kak Long memang sentiasa murah. Kehidupannya cukup sederhana. Memang sederhana kalau nak dibandingkan dengan kemampuannya untuk memiliki lebih daripada apa yang dia miliki sekarang. Bila aku kata Kak Long konservatif, dia hanya senyum. Konservatif di sesetengah situasi ;-)
Kata Kak Long, walau di mana kita berada never forget our grassroots. Jatidiri mesti ada. Sentiasa ingat hidup kita ni hanya pinjaman. Semua yang kita miliki sekarang adalah milikNya. Jangan kita berbangga dengan apa yang kita ada. Jangan sesekali tunjuk lebih yang kita ada kepada yang tiada dan tidak mampu memilikinya. Bimbang ada hati yang akan terluka. Memang darah arwah ayah kuat mengalir dalam diri Kak Long.
Kata Kak Long lagi, bersihkan hati jangan mencari musuh. Sentiasa tolong orang bila orang perlukan bantuan dan khidmat kita. Berbuat baiklah dengan orang yang berada di bawah kita kerana orang yang berada di bawah hatinya mulia. Hidup mereka tiada kepentingan. Berbuat baik dengan ikhlas akan mendapat ganjaran dari Allah. Ganjaran itu terlalu luas. Terkadang bukan kita yang menerima tetapi suami kita, anak-anak kita, mak kita, adik-beradik kita mahupun keluarga kita yang lain. Bukankah itu menunjukkan betapa luasnya kasih sayang Allah kepada hambaNya? Sekali lagi, darah arwah ayah sangat kuat mengalir dalam dirinya..
Setiap apa yang kita lakukan niatkanlah Lillahi Taala. Jangan sesekali mengharapkan pujian. Sabar atas setiap dugaan yang diberikan kerana semua yang berlaku tu pasti ada hikmahnya.
Nak kata dia tak diuji? Tipu kalau aku kata dia tak diuji. Tapi kakak aku ni sentiasa redha. Kata dia, semua ni milikNya. Dia berhak mengambil bila Dia inginkan begitu. Kita memang tak berupaya, tapi yakinlah dengan janjiNya. Dia sentiasa ada bersama kita..
Banyak lagi kalau aku kongsikan peribadi Kak Long tapi panjang sangatla pulak. Cukuplah dulu sekadar mengingatkan diri aku sendiri. Dan kerana itulah aku rasa dia mendapat nikmat sebegini. Hiba rasanya mengenangkan kasihnya Allah kepada hambaNya..
Apa-apa pun, tahniah buat anak sedara aku, Cipi. Doa Tica semoga Pi rajin belajar. Sentiasalah bersemangat seperti Mama. InsyaAllah Pi akan berjaya. Tica sentiasa mendoakan kejayaan Pi.
Wahai putera-puteri bangsaku
Ayuh segera menuju
Mengikut gerak langkah maju
Bersatu mencari ilmu
Di zaman sains dan teknologi
Negara perlukan jasamu
Janganlah rasa malas lagi
Bersama memegang teraju
Di Maktab Rendah Sains M-A-R-A
Tuntut ilmu jangan jemu
Ikrar taat setia pada guru
Berdisplin selalu
Hari ini hari mulanya
Hari esok berjaya
Lengkapkan segala yang ada
Ke kuliah kita segera
Ayuh segera menuju
Mengikut gerak langkah maju
Bersatu mencari ilmu
Di zaman sains dan teknologi
Negara perlukan jasamu
Janganlah rasa malas lagi
Bersama memegang teraju
Di Maktab Rendah Sains M-A-R-A
Tuntut ilmu jangan jemu
Ikrar taat setia pada guru
Berdisplin selalu
Hari ini hari mulanya
Hari esok berjaya
Lengkapkan segala yang ada
Ke kuliah kita segera
No comments:
Post a Comment