Saturday, January 22, 2011

stress

"Berdoalah kamu kepada Allah dalam keadaan kamu yakin akan dimustajabkan. Ketahuilah sesungguhnya Allah tidak menerima doa dari hati yang lalai dan alpa."

(Hadis Riwayat Al-Tarmizi, disahihkan oleh Albani)

==========================================================================================

'Stress mode'


'Memang sial la sape yang suke buat cerita tu'

'In cautious mood; terjadi short circuit dan kebakaran kecil di dapur, mimpi bos, mimpi saka, mimpi hantu, mimpi kena marah, dah tu anak muntah2, demam dan bercakap dlm tidur all in one last nite. Arggghhhh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!'

'SAD again..'

'He throw my scraper, heart n square moulds, icing piping and everything. The new and i hate u!'

'Berusaha cuba untuk mengerti, tp diri sndiri slalu trkorban. Arggggghhhhh!!!!!!'

Gitulah kenyataan stress yang saya petik daripada status fb antara kawan-kawan saya. Macam-macam boleh terkeluar daripada mulut. Kekadang rasional, tetapi selalunya emosional mengatasi rasional.

Bukan senang nak tangani stress. Selalunya bila kita stress, kita akan membuatkan orang lain stress sama. Jarang sekali kita stress tapi orang lain boleh hidup dalam normal mode. Kerana perasaan manusia ini sering bertimbal balik dengan perasaan manusia yang lain.

Kenapa stress? Kerana didatangi masalah yang tidak dapat ditangani oleh insan yang bernama manusia. Kerana kelangsungan hidup yang begitu mendesak. Kerana tuntutan persekitaran yang begitu mencabar.

Tapi sedarkah kita bahawa stress kadangkala berpunca daripada diri kita sendiri. Kita yang cuba membesarkan masalah yang 'mungkin' besar tetapi boleh dikecikkan. Apabila masalah dibesarkan, kita secara tidak sengaja akan menyalahkan pihak lain. Menyalahkan pihak lain menyebabkan sakit di hati kita. Keadaan sakit hati itulah yang membawa kepada stress. Hebatnya stress ialah.. ia boleh menyebabkan si pengalami akan terbawa-bawa keadaan tersebut samada di rumah, pejabat, atau mana sahaja.

Walaupun begiu, kadangkala stress itu berpunca daripada diri orang lain. Orang yang wujud perasaan iri hati, tidak senang melihat orang lain senang, menikam belakang (tidak kira menggunakan pisau belati ataupun pisau cukur tetap jua menyebabkan orang yang ditikam itu tercedera), perasaan suka mengadu domba, suka mencucuk-cucuk supaya orang lain bergaduh dan tidak bertegur sapa, memfitnah orang lain, bersangka buruk, pentingkan diri sendiri, berbuat sesuatu dengan tidak ikhlas dan mengharapkan pujian orang lain dan juga sifat -sifat mazmumah yang lain. Orang begini saya gelarkan sebagai makhluk-tidak-mempunyai-perasaan-sesuai-hidup-di-dalam-hutan-berkawan-dengan-selain-manusia.

Saat menghadapi keadaan begitulah akal dan emosi perlu matang. Terima dengan tenang dengan hati terbuka. Sabar dan berdoa. Sesungguhnya doa itu senjata orang mukmin. Allah itu Maha Adil Lagi Maha Penyayang. Bumi ini bulat. Lambat laun yang bersalah akan dibayar setimpal dengan perbuatannya. Untuk tidak mengeruhkan lagi keadaan, terkadang kita perlu beralah. Beralah tak semestinya kalah kan.

Stress yang tidak diuruskan dengan cara yang betul boleh menyebabkan seseorang itu mengalami gangguan emosi dan akan menjurus kepada kegilaan. Lihat sahajalah statistik peratusan pesakit mental di Malaysia telah meningkat melebihi daripada 15% pada tahun lepas. Ini bukanlah perkara ranting. Tindakan untuk mengenalpasti punca harus diambil bagi mengelakkan keadaan lebih kritikal.

Setiap manusia mempunyai potensi untuk menjadi gila. Tinggal lagi threshold gila pada diri masing-masing boleh menjadikan seseorang itu hidup sepertimana sekarang. Semakin rendah threshold tersebut, semakin mudah manusia mendapat penyakit gila. Untuk menaikkan threshold itulah kita perlu sentiasa mengingati Allah. Kerana sesungguhnya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang.


Allah itu Maha Mengetahui Lagi Maha Penyayang. Segala ujian yang diberikan kepada hambaNya adalah sejajar dengan iman seseorang. Terkadang ujian yang datang itu untuk menaikkan darjat kita di sisiNya. Alhamdulillah. Terkadang sebagai kifarah di atas kesilapan yang telah kita lakukan. Alhamdulillah juga. Bersyukurlah jika kesalahan kita dibalas di atas dunia sebelum kita menemui kematian. Sekurang-kurangnya kita diberi berkesempatan untuk bertaubat. Itupun bagi orang-orang yang berfikir.

Ujian yang datang itu membuatkan kita berfikir dan muhasabah di atas apa yang telah kita lakukan. Terkadang ujian itu merupakan titik tolak ke arah memotivasikan diri kita sendiri. Dengan kata lain, something has to be done. Ini bukan masanya untuk berdiam diri.

Kawan saya pernah kata.. "Hanya orang gila je takde masalah. Sebab sebenarnya dia bermasalah tapi dek kerana dia gila, dia tak rasa yang datang tu sebagai satu masalah."

Maka bersyukurlah jika anda mempunyai masalah kerana sesungguhnya ia petanda bahawa anda masih waras. Don't take it too hard. Banyakkan bersabar. Banyakkan mengingati Allah, amalkan kehidupan yang menguatkan iman kita, tunaikan solah-solah sunat di samping solah fardhu, mengaji Qur'an, luangkan lebih masa dengan Allah. Itulah masa yang paling berharga di dalam hidup seorang hamba Allah. Dan jangan lupa maafkanlah insan di luar sana. Siapa kita untuk menghukum manusia waima dia bersalah dengan kita sekalipun. Tidak rugi sekelumit pun apabila kita memaafkan insan di luar sana kan. Malah kita beroleh ganjaran pahala yang berlipat ganda. Jika dapat dilihat pahala itu dengan mata kasar pasti tidak akan ada rasa dendam dalam diri kita. Pasti lafaz maaf akan bermain di bibir mulut kita.

Yakin pada janji Allah. InsyaAllah semuanya akan kembali normal. Kehidupan akan tenang dan ceria. Allahuakbar!

No comments: