"Setiap umatku (boleh) diampunkan kecuali mereka yang mendedahkan (dosanya), ada di kalangan yang mendedahkan ini, melakukan suatu dosa di waktu malam, berpagi-pagi sedang Allah menutup keaiban dosa itu, namun dia mendedahkan seraya berkata : "Wahai fulan, semalam aku lakukan itu dan ini" maka terhapuslah tutupan Tuhannya dan jadilah ia membuka (rahmat) Allah yang (sebelum ini) menutup keaibannya."
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
==========================================================================================
Aku bersetuju dengan post Sang Petai pasal fb. Heheh.
Aku selalu terpikir.. terpikir dan terpikir.. aku yang berubah atau kawan-kawan aku yang berubah. Lebih-lebih lagi bila ada fb ni. Perkara tu makin jelas.
Makin bertambah umur ni, aku makin dapat rasa mana rakan yang sync dengan aku dan mana yang tidak. Atau mungkin sebelum ni aku yang tak mengenali rerakan yang ada di sekeliling aku.
Bagi aku makin banyak post yang diletak sebagai status fb, makin banyak mendedahkan siapa diri kita sebenar. Pendedahan secara tak sengaja itulah yang membolehkan orang yang membaca menilai diri kita. Sebab bila aku perhatikan, update status selalunya daripada individu yang sama. Sedangkan rakan beratus-ratus. Ini bermakna lebih ramai yang memerhati daripada bergerak secara aktif. Dan lebih ramai yang menjadi agen penilai individu lain.
Yang pasti elemen attention seeker tu memang jelas ternyata. Memang kita menafikan sekeras-kerasnya tetapi kalau diteliti kenapa perlu diletakkan status tersebut untuk tontonan umum. Kalau kita taknak orang tau, dah tentu kita simpan sorang-sorang. Bila kita share bermakna kita nak berkongsi (share itu sendiri bermaksud kongsi), secara tak langsung orang akan tahu. Kalau yang baik tu tak jadi masalah tetapi kalau semua aktiviti nak dikongsi, dah lain pulak jadinya. Kadangkala aku naik menyampah pulak bila terbaca status yang habis-sume-benda-nak-cerita-tanpa-screen-terlebih-dahulu-dan-seolah-olah-hanya-kita-seorang-dalam-dunia-yang-punya status-cenggitu nih. Kan ke tak baik bila wujud perasaan cenggitu?
Seperti kata Sang Petai, ini lebih kepada peringatan diri sendiri. Hanya pandangan peribadi. Jangan pula ada yang terasa hati.
Bila ada pulak status yang aku letak menjadi percakapan dan ketidak puasan hati di pihak yang lain, ada pulak insan yang boleh salah tafsir.. ini bermakna aku harus lakukan sesuatu. Boleh je nak gunakan alasan, lantakla orang nak kata apa. Lantakla nak terasa ke apa. Sape yang makan cili dia yang rasa pedas. Itu wall aku. Suka hati aku la nak tulis apa pun.
Tapi aku bukan gitu. Aku tulis tu tak bermaksud kepada sesiapa. Dan aku taknak mencari musuh. Hidup ini terlalu singkat untuk bermusuh dengan orang yang tak sepatutnya dimusuhi. Nak bermusuh kalu, pi jihad tolong orang Palestin nuh. Itu musuh sebenar selain musuh yang nyata - syaitan yang direjam.
Kalau dengan fb orang boleh salah tafsir tentang aku, maybe sudah tiba masanya aku consider jugak idea untuk tinggalkan terus fb seperti yang dikemukakan Sang Petai. Tapi sebelum tu harus aku delete dulu semua notes dan gambo anak-anak aku dalam tu. Afteral tu je lagi gambo yang ada selain gambo pokok, Jerneh dan buku-buku aku. Gambo aku dah lama aku delete lepas baca ni. Cuma profie picture yang ala-ala kaverina je ada..
Lepas tu aku akan terus menyepi, bersuara hanya melalui blog yang tak laku nih. Takpe.. janji aku hepi. Mungkin itu lebih baik. Hidup dalam low profile kan Iza. Heheh.
Bila jadi camni, aku setuju dengan pendapat abang aku dan pendapat Naza tentang fb. Sungguh berpandangan jauh mereka berdua nih. Kihkihkih. Selain daripada bab keselamatan yang dititikberat oleh CSM dan dosa pahala yang dititikberat di artikel ni. Hmm.. mungkin jugak ni sebab Fendy takde fb agaknya..
Tapi biasalah. Setiap sesuatu tu tak sempurna, pasti ada kelemahan dan kelebihan. Yang aku tulis tu bagi aku drawbacks fb. Ada jugak baiknya laman sosial ni kalau tak disalahgunakan. Saling berkongsi maklumat yang bermanfaat. Itu bagus. Selain tu bagi parents yang ada anak remaja yang aktif fb, memang digalakkan untuk join fb. Itu salah satu cara pemantauan terhadap anak-anak remaja. Remaja dulu tak sama ngan remaja sekarang.
Fakta lain yang menarik tentang fb ialah.. Malaysia mencatat angka tertinggi pengguna fb di Asia. Wow! Terpikir pulak aku.. apakah agenda sebenar pembangun aplikasi fb ni. Pasti ada agenda. Takkan buat gitu-gitu je.
Sebagai penutup.. aku rasa mungkin jugak aku yang dah berubah. Pengalaman ditarik nikmat satu ketika dahulu banyak mengubah pemikiran dan kehidupan aku. Apa pun, kehidupan aku semakin lama semakin singkat. Aku taknak mencari musuh. Biarlah masa yang ada ni aku teruskan berhijrah. Berhijrah dan berhijrah ke arah yang lebih baik. Semoga Allah merahmati aku dan kami sekeluarga..
2 comments:
Nono,I pun takde akaun FB.Walaupun ada yang perli "org IT takde FB?"...heheh
-p'joet
pjoet,
memula sekali i rasa sgt seronok dpt komen dari u. heheh. yg kedua bila lagi nak singgah sini? nanti kita dating lagi cam hari tu ;-)
Post a Comment