"Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh, benar-benar Kami pimpin mereka ke jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya."
(Al-Ankabut : 69)
(Al-Ankabut : 69)
==========================================================================================
Buat para pembaca,
Bila aku menulis, aku takde niat untuk buat pembaca merasa aku ni terlalu mewah dalam berbelanja. Aku seboleh mungkin taknak orang tau jenama kasut aku, jenama handbag, jenama tudung dan sebagainya. Tetapi terkadang tercerita kerana ini blog aku. Luahan apa yang ada dalam hati aku. Kepuasan dalam diri aku. Itu pun dah banyak yang aku screen. Hanya ini ruang aku bercerita. Tak pernah aku bercerita pada adik-beradik, opismet apatah lagi di ruang media massa yang lain.
Aku taknak ada pembaca berprasangka bahawa aku menunjuk-nunjuk, riak, ujub lagi takabbur. Nauzubillah. Dahlah amalan tak seberapa, apa lagi aku nak bawak bila dah ke sana nanti. Takut. Aku takut kalau wujud perasaan sebegitu. Nauzubillah..
Aku tau sahabat handai aku semuanya baik hatinya. Cuma kita semua manusia biasa tak punya sifat maksum. Hati manusia ni terkadang timbul jua titik hitam berburuk sangka. Yang bertanduk tu asik menggoda ke arah kejahatan. Dah memang itu janji dia dengan Allah kan..
Takde yang menegur, jauh sekali untuk mengomen. Cuma Allah menitipkan rasa bersalah di hati aku bila aku bandingkan dengan sahabat handai yang tak berupaya memiliki sepertimana yang aku miliki. Bila aku tahu ada sahabat handai yang hidupnya dalam kesusahan, masalah yang bertimpa-timpa sedangkan aku boleh lagi berbelanja begitu, aku rasa bersalah. Aku tak nak wujud perasaan rendah diri di kalangan sahabat handai aku bila baca cerita aku.
Kita semua sama. Dan hidup ini umpama roda. Terkadang kita di atas, terkadang kita di bawah. Allah menilai kita dengan taqwa bukannya dengan wang ringgit, paras rupa mahupun keturunan. Aku bukanlah punya wang berjuta yang boleh hidup mewah cuma sesekali aku teringin untuk merasa 'lebih' sikit. Tu je.
Aku mintak maaf kalau ada pembaca punya perasaan seperti aku nyatakan kat atas tu, walaupun sedikit.
Kenapa aku menulis begini? Kerana aku hanyalah manusia biasa yang banyak melakukan kesilapan. Dan kerana aku tak tau berapa lama lagi aku diberi rahmat untuk menghirup udara percuma dari Allah. Bimbang masa yang ada tak sempat untuk memohon kemaafan kepada pihak yang sepatutnya. Lembaran hijrah baru je bermula. Tapi mungkin buku aku yang dicatat Raqib dan Atid dah banyak chapter. Aku taknak di Padang Mahsyar ketika waktu perhitungan di neraca mizan, dan ketika malaikat memberi amalan catatanku, sesuatu yang tak baik berlaku.
Ya Allah.. ampunilah hambaMu yang hina ini. Tiada yang kuinginkan hanyalah keampunan dan rahmat serta keredhaan dariMu..
5 comments:
just to be closed to you ...always. no matter what story you wrote. really enjoy reading them.
thank you my dear.
'sahabat karib umpama sepasang kasut.. dan sebaik-baik sahabat adalah saling menasihati'.
will worry if you don't 'talk' for more than a week ;) eventhough we are apart...i want to be always closed to u my dear friend :)
munajah cinta,
same goes to you my dear. do take a good care of yourself and the kids. send my hugging n kissing to them..
Post a Comment