Monday, January 03, 2011

keperluan sebenar seorang anak dan tanggungjawab ibubapa yang perlu direnung

"Dari bumi (tanah) itulah kami menjadikan kamu dan kepadaNya kami mengembalikan kamu dan daripadaNya Kami akan bangkitkan kamu pada kali kedua."

(Toha : 55)

==========================================================================================

Najwa sekarang di Tadika Islam Az-Zahrah. Aku rasa ni tadika yang terbaik buat Najwa. Sebelum ni aku dah survey satu tadika ala-ala CIC. Memang earlier intention nak hantar ke situ sebab ada basics agama di samping belajar yang lain-lain. Tapi lepas satu peristiwa tu, aku terus letak BIG CROSSSSS tadika ni daripada hati aku.

Kisah bermula apabila aku mengunjungi tadika tuh last year untuk survey..
.
.
.
Principal : How old is your daughter?
Aku : Next year she will be 5 years old.
Principal : She's in what kindy currently?
Aku : She just stay at home. I've not sent to any kindy yet. I've plan to...
Principal : You are wrong! (sambil tuding jari telunjuk ke arahku). You should send your kids to school when they are 4 years old. You know what.. I have a student who is only 4 years old but she can write well. In fact she can read fluently!
Aku : Oh ye ke (Hellooo.. who are you to judge me? - Dia belum kenal lagi anak Haji Ibrahim ada darah pendekar nih!)
Principal : Bla bla bla (Satu pun tak masuk dalam kepala aku)

Ewah ewah ewah.. sape dia yang nak kata aku silap? Aku ibu yang melahirkan. Aku tau apa yang terbaik untuk anak-anak aku. And I'm not too ambitious to see my kids can write, read and do many more thing that 4 years old kids can't do. I'm not too ambitious to see my daughter scored every subject 100%, be the best student at only 4 years old. Apa dia ingat kalau budak tu boleh score umur 4 tahun budak tu boleh score sampai universiti ke? Apa dia ingat budak yang boleh score masa 4 tahun tu berjaya ke dari segi akhlak?


Come on la.. cikgu-cikgu tadika yang terlalu taksub dengan menghasilkan-kanak-kanak-yang-genius-mengikut-istilah-mereka ni kena buka sikit pikiran. Kena analyse balik apa sebenarnya keperluan kanak-kanak tu di usia mereka. Afteral bila depa ni masuk sekolah kebangsaan, depa ni start balik belajar benda yang sama. Unless kalau parents tu nak hantar anak-anak depa ke international school or private school. Then parents should be very very ambitious.

Tujuan aku hantar anak ke tadika di usia 5 tahun supaya dia tahu bersosial. 4 tahun tu rasanya let she have her own sweet time dulu kat umah. Memang Naim dulu aku hantar masa umur 4 tahun tapi anak sulung biasalah.. selalu jadi bahan eksperimen. Bagi aku bila dah umur 6 tahun cukupla dengan boleh membaca sedikit dan tahu sedikit kira-kira tambah dan tolak. Itu sahaja. Tak pernah aku mengimpikan lebih dari itu. Masuk darjah satu depa ni start from scratch balik semula. Tengah tahun tu baru speed.

Walau ada ibu bapa yang memang ambitious, tapi tidak aku. Aku tak ambitious di usia anak sebegini. Tunggulah dia bersekolah di sekolah yang betul dulu. Masa tu polishlah anak dengan sungguh-sungguh. Polish dari segala sudut. Ukhrawi dan duniawi.

Itulah titik-tolak aku hantar Najwa ke Tadika Islam Az-Zahrah. Yang benting base dia Islamic.

Dan itulah aku. Apa sangat yang nak dikejar di dalam kehidupan sementara ini. Mungkin pada usia kita sekarang dilihat pula persekitaran semasa, ibubapa berlumba-lumba mendapatkan yang terbaik untuk anak-anak. Memang sepatutnya begitu. Kalau kita tidak mengejar, kita akan ketinggalan. Tapi bukan bermakna kita meninggalkan apa yang sepatutnya ada di dalam diri anak-anak. Matlamat sama sekali tidak menghalalkan cara.

Anak-anak umpama kain putih. Apa yang dicorakkan ibubapa, itulah yang akan dihasilkan oleh anak. Mungkin ada yang berkata fikiran aku terkadang seperti orang tua. Memang aku bergaul dengan orang yang lebih tua daripada aku. Untuk berkongsi pengalaman.

Bila berkongsi dengan ibubapa yang dah punya anak besar, memang terasa banyak yang kita tak tau dan terlepas pandang di usia anak-anak masih kecil hanya kerana kita mengejar sesuatu yang tak perlu dikejar.

Punca kejayaan seseorang anak itu kadangkala bukan hanya kerana pembelajarannya. Tetapi niat ibubapa, sehalal mana pendapatan mereka dan makanan yang diberikan untuk diisi ke dalam perut anak-anak, tak lupa juga amal perbuatan yang baik sesama manusia tetap dibalas Allah dengan melahirkan anak-anak yang berjaya untuk agama, bangsa dan negara. Doa ibubapa itu sudah satu kemestian. Dan itulah yang aku cari!

Semoga Allah merahmati kami sekeluarga..

4 comments:

Angkel Rul said...

sekolah kebanyakkannya dah lari dari tujuan.. sebelum masuk ada exam, kalau tak lepas exam tak layak.. apa kah?

bukan tujuan sekolah nak mendidik? kalau budak tu tak pandai, tolong lah jadi pandai.. ni, belum apa2 lagi dah reject, kata tak layak..

sebenarnya sekolah2 ni nak kan yg "genius", so boleh bantu dorang punya sekolah, senang nak claim "sekolah kami menghasilkan genius".. senang kalau nak apply apa2 kat bank ke, kat gomen ke, nak bukak franchise ke, sbb dah "terbukti" banyak genius dihasilkan..

camtu la sekarang, bila education dibuat business..

walau apa pun, saya tetap setkan KPI Nur Hanis saya untuk membawa pulang 20A final exam tahun ini.. muahahahah! jom lawan kumpul A najwa.. eheh!

cahaya petunjuk said...

najwa sahut cabaran kumpul A. kita lawan!!!

Munajah Cinta said...

ewah2...bestnyer mulut principal tuh...

cahaya petunjuk said...

itulah kan..

bukan senang nak besarkan anak ni kan eena. banyak betul cabarannya. moga kita sentiasa di bawah lindunganNya..