"Apabila kamu hendak tidur di perbaringan, bacalah Ayat Kursi hingga selesai. Nescaya Allah swt sentiasa menjagamu dan syaitan tidak akan mendekatimu sampai pagi".
(Hadis Riwayat Bukhari)
(Hadis Riwayat Bukhari)
==================================================================================
Hari tu dapat info daripada Fat. Bebaru ni daripada Hani pulak. Terus aku layari site ni.
Macam menarik pulak. Sebab tudung dia besar tutup dada. Dah aku letak kat blogroll Naskhah Hawa. Heheh.
Husband aku pernah kata, 'Tudung sekarang ni makin lama makin singkat dan senteng.' Husband aku ni jarang mengomen. Memang susah nak dengar beliau komen. Especially tang makhluk yang bernama Hawa. Tapi bila beliau kata gitu, aku rasa ada sesuatu yang perlu aku take note.
Pada aku makhluk yang bernama Hawa ni memang semulajadi Allah jadikan mereka cantik. Cantik ni very subjective. Terpulang kepada individu untuk mengintepretasi kecantikan tersebut. Tapi kecantikan ini bukanlah untuk ditayang kepada sesiapa. Kecantikan itu sebenarnya satu ujian dari Allah. Dan kerana itulah Allah menekankan aurat pada kaum hawa. Kerana kecantikan itu hanya perlu ada di mata suami bukan di mata semua orang.
Kadang-kadang dah lari dari konsep bertudung semata-mata untuk kelihatan cantik. Itu yang bahaya. Toncet tinggi-tinggi (tak taula mana cantiknya - mata aku tak pernah nampak cantik). Terdetik jugak kat pikiran aku, suami depa ni tak tegur ke bila pakai cenggitu? Kalau aku pakai cenggitu sah kena tegur ngan husband aku. Tu tak masuk lagi yang pakai brooch kat belakang leher (dah macam nun aku nengok).
Astagfirullahal'azim.. banyak-banyak beristighfar. Kalau dah terdetik cenggitu, cepat-cepatla toleh ke lain dan jangan pikirkan pasal orang lain lagi. Pikir kekurangan diri sendiri yang masih tak terhitung banyaknya. Allahuakbar..
Aku pernah nampak seorang insan yang bergelar Hawa di sebuah surau. Dia menutup aurat dengan cara yang betul. Bila dia bukak tudung untuk sembahyang, Subhanallah.. cantiknya ciptaan Allah. Memang cantik. Kerana itulah Allah menyuruh hambaNya menutup aurat. Aku yang perempuan ni boleh terpaku apatah lagi kalau lelaki yang memandang. Hatiku mengaguminya kerana usia masih muda tapi pandai menjaga aurat. Bukan senang untuk mencari remaja yang pandai menjaga aurat di zaman ini.
Biarlah tak cantik di mata manusia asalkan cantik di mata Allah. Prinsip ni perlu sentiasa tersemat di dalam hati aku. Setiap hari aku nak jadi lebih baik daripada hari sebelum.
Aku nak berhijrah. Aku wajib berhijrah. Makin hari rumah batu dua tu makin dekat. Takut rasanya. Aku taknak husband aku menanggung dosa yang aku lakukan. Bukan je suami, aku sendiri pun menanggungnya. Sungguh menakutkan.
Satu hari aku akan ke Seksyen 7 Shah Alam untuk mendapatkannya!
No comments:
Post a Comment