Saturday, December 25, 2010

akhirnya ku ketemu jua

"Sesungguhnya orang mukmin itu bersaudara maka perbetulkanlah sesama kamu dan bertaqwalah kepada Allah mudah-mudahan kamu mendapat rahmat."

(Al-Hujurat : 10)

==================================================================================

Hani dah dapat saham akhirat. Alhamdulillah. Terima kasih Hani.


Pagi tadi kami ke Seremban, melawat bapak sedara aku (bapak sedara suami pun macam bapak sedara sendiri jugak kan..) yang baru selesai operation buang batu dalam hempedu. Asik bertangguh je disebabkan ada hal yang tak dapat dielakkan, akhirnya kami tiba jua tadi. Alhamdulillah.

Tak taulah.. aku ni kalau dapat tau orang tak sihat, memang tergedik-gedik kaki ni nak gi lawat. Paling tidak boleh bagi moral support. Boleh buat dia hepi, ada orang concern pada dia, especially warga emas. Satu hari nanti aku pun akan jadi warga emas jugak kan. Kalau ada jemputan kawin clash dengan orang sakit, aku akan gi tengok orang sakit dulu.

Lepas gi lawat Ateh, aku gi umah Akak (kakak ipar aku) pun kat Seremban. Siap lunch lagi kat situ. Alhamdulillah, femli husband aku memang baik-baik belaka (banyak sungguh nikmat dan kemudahan Allah bagi kat aku). Aku kata baik bukan sebab boleh lunch kat umah dia tau. Baik tu terlalu luas skopnya. Citer in law aku rasanya kena stori kat entry lain. Kang tak abis lak citer untuk entri ni dek kerana melencong.

Tapi lauk tengahari tadi memang best. Aku ni kalau ada lauk masak lemak Negeri Sembilan, memang tak pandang dah lauk lain. Sangat menyelerakan. Tu tak kira lagi yang mak mertua aku masak. Tak pernah kurang dari 2 pinggan aku makan. Susah juga kalau dah hobinya makan. Hahah.


Dah selesai semua tu kami bertolak balik ke Dengkil. Ni sebenarnya yang aku nak citer. Intro punyala panjang. Kalau buat karangan UPSR ni mau dapat karipap berinti. Dah keluar dari landasan.

Aku singgah kat butik tudung ni. Sebelum tu, Alhamdulillah sangat-sangat. Walaupun usia perkahwinan kami hampir menginjak 9 tahun, tapi husband aku ni still boleh layan kehendak aku. Terima kasih Abang kerana sangat memahami.

Aku test. Virtual aku dah tersenyum. Fizikal tak express lagi. Toleh kat husband aku, dia dah angkat ibu jari. Hatiku makin berbunga. Janji suami suka, aku pun suka.

Aku memilih Slim Pearl 3 saiz M. Terpaksa aku pilih saiz M sebab saiz S dah takde stok. Tapi ntahlah aku ni, kalau bab saiz selalu jadi masalah, baik kasut mahupun tudung (adakah saiz muka dan kaki aku mengecik/membesar menjelang petang? Entahlah aku pun takde jawapan untuk soklan tu) Baju je memang confirm saiz M.

Dengan pilihan aku tu, rasa cukup memenuhi spesifikasi tudung yang aku inginkan. Dan yang suami aku inginkan. Restu Allah kepada hambaNya yang bergelar seorang isteri adalah restu daripada seorang suami kan..


Kalau ditanya kenapa memilih 'tajuk' ini sebagai tudung kesukaan aku, jawapannya ialah..

1) menarik (bagi aku la - tak terlalu vogue, tak terlalu ringkas).
2) mudah dipakai.
3) kos penyelenggaraan yang rendah.
Lagi?
4) Visor (cam visor helmet la pulak ye - tudung lain panggil awning) dia jenis yang tahan lasak (corduroy, denim jeans, etc).
Lagi?
5) Cutting yang 'terletak (aku suka).
6)
Of course dia washable - mudah keje makcik ;-)


Kalau chiffon tu nak kena dry clean. Sehelai RM5. Kalau 8 helai dah jadi RM40. Takkan nak dry clean sekali seumur hidup ye dak. Harus lebih daripada itu. Dan takkan gaji aku nak abiskan ke situ jek. Adalah lebih afdhal aku jadi toke kedai dobi kalau gitu lagaknya.

Ada sebenarnya tudung yang memegang konsep tudung sebenar, tapi 'tajuk' lain tu cam besar sangat la pulak. Aku lak memang tak suka pakai brooch kat belakang leher tu. Bertudung labuh pun aku belum bersedia. Rasa banyak sangat lagi kekurangan yang perlu aku tampung.

Kalau yang awning thai silk pulak nak kena dry clean first time. Pastu dah boleh basuh cam biasa. Tapi sejarah menunjukkan awning tu jadi tak menarik bila banyak kali dibasuh.

Aku prefer beli yang awning lycra. Tapi pattern tudung tak menarik la pulak. Banyak pulak cekadak aku ye. Maka sebab itulah payah benar aku nak jumpa ngan tudung yang aku puashati. Choosy jugak aku nih ghopenya.

Selain tu butik ni menyediakan reject corner yang mana harganya sudah pasti dikurangkan. Aku dah cuba menilik kat mana rejek tersebut tapi tak jumpa. Maka kesimpulan aku, boleh je nak beli yang rejek pun. Takde orang tau dan takde orang pasan. Afteral kalau dah betul tutup aurat tu ok je la kan.

Ada jugak tudung budak-budak. Simple. Ada jenis biasa, ada jugak Syria type. Kalau hati dah suka, semua elok pada pandangan mata. Hiks!

Tapi lepas aku test tadi, aku dah jatuh hati. Husband aku pun suka. Siap kata cam masa matriks dulu lagi. Heheh. Very the nostalgic. Tapi di sebalik nostalgia tu maknanya penampilan aku dah berubah tak seperti dulu la ye. Hmm.. ada yang tersirat perlu aku renungkan..

Cuma aku tak katalah butik ni hanya menjual yang memenuhi spesifikasi aku. Ada jugak yang tak memenuhi spesifikasi aku cumanya butik ini menyediakan spesifikasi yang menjadi pilihan aku.

Esok ada member's sale. Teruja juga bila diskauan yang ditawarkan 30%, 50% dan hingga RM100 for 3 pieces. Hajat di hati untuk meramaikan majlis dah berputik. Heheh. Esok banyak lagi matlamat nak kena penuhi nih. Beli kasut skolah Naim lagi. Yang lain sume dah beli kecuali kasut skolah. Dengan anggapan bahawa beli awal-awal nanti kaki membesar lagi tak muat lak kasut. Boleh gitu?


Apa-apa pun syukur pada Allah kerana memberi rezeki kepada aku memiliki apa yang ingin dan harus aku miliki. Dan sesungguhnya Hani memang beroleh saham akhirat yang berpanjangan.

Disclaimer : Aku tidak ada kaitan langsung dan tidak langsung dengan jenama tudung ini. Promosi bukanlah kerana beroleh komisen tetapi sekadar berkongsi keperluan dan kehendak sesama muslimah.

4 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum Nono,

try blog-hop kat sini pulak, mana tahu berkenan kat sini jugak.. he he he..

http://www.alhumairacontemporary.com

p/s: Iza langsung tak kaitan dgn owner dia ye...

From: Iza Basri

cahaya petunjuk said...

waalaikumussalam. tq iza for the info. tudung aje la kita ni kan. kihkihkih.

Anonymous said...

sumenye cun n napok sng nk jage!
sgoh menggoyah keimanan la knrl...hehehe..

cahaya petunjuk said...

memang goyah dah ni saba ;-)