Monday, October 25, 2010

jatidiri pada kain putih

"Jika Allah menimpakan sesuatu kemudaratan kepadamu, maka tidak ada yang dapat menghalangnya kecuali Dia. Dan jika Allah menghendaki kebaikan itu kepada siapa sahaja yang dikehendakiNya dan Dialah Yang Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang.

(Yunus : 107)

==========================================================================================

Aku tergolong di kalangan manusia yang suka tonton drama Melayu dan filem Melayu especially filem-filem P. Ramlee. Dan lately makin menjadi-jadi lak kegilaan aku nengok citer Melayu.

Kenapa aku suka? Bagi aku.. di situlah letaknya jatidiri. Jatidiri sebagai seorang Melayu, asal usul kita. Tapi bila aku kata aku suka nengok drama Melayu, bukan bermakna semua drama Melayu aku suka. Yang berkualiti sahaja yang aku suka. Berkualiti dalam ertikata lain pelakon yang berbakat dan jalan cerita menarik serta mempunyai mesej. Kalau filem Melayu lak aku cuma nengok time raya je.


Dan.. habit aku ni dapat kat Naim. Naim suka nengok citer P. Ramlee dan citer-citer Melayu lain. Setiap kali aku nengok, dia pasti nengok sama.

Naim jadi camtu mungkin jugak sebab aku tak nengok citer omputeh ni bila ada anak-anak. Sebab pertama : aksi yang sangat tak bagus untuk tontonan kanak-kanak. Sebab kedua : segan aku nak nengok depan Naim. Banyak sangat SX.

Naim walaupun baru berusia 7 tahun tapi dia tahu aurat wanita. Bila nampak orang tak tutup aurat dia akan bagitau aku apa yang ada dalam hati dia.

"Mama.. tak baik kan orang ni. Pakai baju nampak aurat."

"Mama.. Naim suka Mama pakai tudung. Mama nampak cantik walaupun Mama tak pakai macam-macam kat muka (make-up) macam orang tu." --> hatiku berbunga-bunga. heheh..

"Mama.. kenapa dia pakai baju camtu? Dia tak takut ke Allah marah?"

Aku dikurniakan seorang anak yang matang. Itulah Naim.

Malam tadi kami sama-sama tonton Taubat Nasuha. Naim begitu concentrate nengok citer tu. Siap bagi pendapat lagi..

"Kalau dia kena dera masa kecik, janganla dera anak dia kan Mama. Sian anak dia. Mama dia baik. Tapi Mama Naim lagi baik." --> hati berbunga-bunga lagi. heheh..

Bila nampak je si Mizi balik, Naim siap menyorok belakang kerusi. Tak sanggup nengok bebudak tu kena marah katanya.

"Ayah pun garang tapi tak macam orang tu. Ayah garang sebab nak Naim jadi baik kan Mama.."

Tu antara pendapat Naim.

Tapi bila aku kata aku suka nengok citer Melayu bukan bermakna aku langsung tak nengok citer omputeh. CSI tetap menjadi favourite aku. Lost yang dah sememangnya lost pun aku still follow. Cuma aku nengok time anak-anak dah tido.

Seperti biasa.. bukan senang nak mendidik anak. Nak bagi anak-anak dapat 'pemandangan' yang sihat supaya hatinya sentiasa terang menerima ilmu akhirat dan duniawi. Bukan itu sahaja, nak bagi anak tau siapa diri kita, mana asal-usul kita. Jangan sesekali lupa siapa diri kita. Itu semua bukanlah satu perkara mudah kerana kain putih sangat mudah dicemari walaupun habuk sebesar zarah!

Semoga Allah memberkati kami sekeluarga dan membimbing kami setiap masa dalam menelusuri kehidupan yang penuh mencabar ini.

2 comments:

Anonymous said...

sejuk hati mama ~

eena

cahaya petunjuk said...

perjalanannya masih jauh dear. moga Allah membimbing kita setiap detik setiap saat..