"Sesungguhnya kaum mukminin ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan rasulNya, kemudian tidak pernah bimbang lagi dan berjihad dengan harta dan dirinya untuk mengagungkan agama Allah swt, maka mereka itulah orang-orang yang benar."
(Al-Hujurat : 15)
(Al-Hujurat : 15)
=========================================================================================
Susah juga nak blogging bila ada personaliti Mrs. Kaverina kecil-kecilan. Camnilah kesudahannya. Kulit baru dan url baru. Heheh.
Cerita aku untuk entry ni.. aku dah pindah opis awal bulan ni. Hepi sebab aku rasa dah cukup kondusif. Dah ada bilik sendiri pun dah syukur daripada dok dalam cubicle. Huh!
Hepi lagi sebab opis tu dekat sunggoh ngan umah aku. Kalau keluar umah kol 8.15 pagi tu sempat lagi sampai kol 8.30 pagi. Kan dekat namanya tuh. Dek kerana dekat tulah aku tak pernah sampai awal. Kehkehkeh.
Tempat baru biasalah kan..
Dari basement, aku masuk lif sensorang tengahari tu. Tengahari tau. Tetiba aku rasa cam ada orang cuit kat belakang aku. Aku tak toleh cuma kuis-kuis je ngan jari aku. Pehtu cam ada lak orang tolak beg aku. Aku tak bawak handbag cuma beg apa yer orang pangge. Ala.. yang selalu dapat hadiah kalau pegi conference ke hapa ke..
Aku betulkan balik kedudukan beg. Pastu aku rasa cam sumthing wrong. Aku rapatkan belakang aku ke dinding lif. Mata dan kepala aku pandang atas bawah dan tepi. Betul ada orang cuit aku ke perasaan je? Takpe.. Allah kan ada. Allah sentiasa bersama aku. Tu aku pasti. Tiba-tiba..
Ting! Dah sampai tingkat 5 floor aku rupanya.
Baru aku terpikir.. apa tadi tu yer. 'Dia' nak mengusik aku ke? Uh! Kalau betul nak mengusik, sib baik aku tak nampak. Bagi aku tu je lah. Jangan aku nampak paras rupa dan dengar apa yang tak patut aku dengar.
'Benda' ni memang wujud kan sebab 'dia' pun makhluk Allah. Cuma kita sebagai hambaNya perlulah sentiasa ada pendinding diri. Sebab tulah kena sentiasa membaca Al-Qur'an setiap hari.
Aku tak citer kat sape-sape kecuali Che Su. Citer kang takut lak manusia sekalian alam. Yang nasib baiknya ialah aku tak rasa takut masa dalam lif. Dah kluar tu baru aku terpikir pasal ha nun ta wau.
Teringat pada arwah Ayah. Arwah tak pernah punya rasa takut pada 'benda' tu. Lagi orang kata tempat tu berhantu, lagi dia nak pegi. Katanya jangan takut hantu syaitan sebab dia pun makhluk Allah. Takut hanya pada Allah. Hantu syaitan tu tak boleh buat apa pun kat kita. Gulp! Aku tak sampai tahap tu lagi. Sangat jauh rasanya..
Iktibar : Sentiasalah mengingati Allah walau apa jua keadaan. Ingat dan bergantung harap padaNya. Tiada siapa yang dapat membantu kita kecuali Dia. Dan sentiasalah punya pendinding diri - ayat-ayat Al-Qur'an. Kalau tak sempat nak baca Al-Qur'an, bolehlah amal Ayat-ayat Manzil tu. Sangat banyak fadilatnya.
2 comments:
dah tukar nama rupanya :)..ni kejadian ke2 ye dear..kat JPA dulu sekalikannnnn
dear,
bila due?
Post a Comment