Thursday, August 05, 2010

lapang sebelum sibuk

"Dan katakanlah : "Segala puji bagi Allah yang tidak mempunyai anak dan tidak mempunyai sekutu dalam kerajaanNya dan tidak mempunyai penolong (untuk menjagaNya) dari kehinaan dan agungkanlah Dia dengan pengagungan yang sebesar-besarnya.""

(Al-Isra' : 110-11)

=========================================================================================

Letih dan penat menyebabkan banyak perkara yang sepatutnya dibuat tapi tak dibuat. Letih dan penat menyebabkan lupa. Letih dan penat menyebabkan kurang fokus kepada aktiviti yang sedang dilakukan seterusnya mendorong kepada perkara yang tidak patut dilakukan.

Lupa nak bawak Mak gi hospital amik darah (arrggghhhh!!!! sangat tak patut).
Lupa mana letak spek (bukan spec program tapi spek mata).

Lupa nak tanya kabar orang di sekitar.
Lupa nak return call.
Lupa puasa Nisfu Syaaban (nyesal tak sudah. arrrgghhhhhh!!!!!!! - moga Allah panjangkan umur saya untuk berjumpa lagi Syaaban akan datang).
Lupa nak puff Flixotide.
Lupa mana letak kunci rumah, kunci keta, dan segala kunci termasuklah kau kunci cintaku di dalam hatimu.

Lupa nak buat bos suruh, pastu terpaksa berlakon untuk menjawab dengan penuh yakin - jangan diamalkan selalu - kelak binasa.


Nasib baik tak lupa rumah kat mana. Dan nasib baik tak lupa jalan untuk balik ke rumah. Kalau itu pun lupa.. memang haru.

Tertinggal preskripsi ubat Mak.

Tertinggal handphone.

Tertinggal bekal roti.

Tertinggal kunci keta dalam keta pastu muka pucat kesi sebab tak tau mana diam kunci tu.
Tertinggal botol air anak-anak kat rumah Kak Long.

Nampak gaya saya memerlukan seorang PA tapi malangnya saya perlu melangkah 2 tapak lagi (yang entah bila waktunya) untuk melayakkan saya mendapatkan PA. Huhu..

Tak sempat nak tipon Mak.

Tak sempat nak nengok buku sekolah Naim (sangat terkilan).
Tak sempat nak bancuh madu kat Najwa (jua terkilan).
Tak sempat beli tester acu-check darah Mak.
Tak sempat reply sms menyebabkan terus lupa nak reply sms.

Tak sempat nak reply emel menyebabkan terus lupa nak reply emel.
Tak sempat nak beli air zam-zam untuk diri sendiri.

dan..

Tak sempat mengutamakan kesihatan diri sendiri hinggakan batuk masih belum ok, selsema tak baik lagi sampai la (siap sakit kepala-telinga tak bape nak dengar-dan rasa sangat penat), worst case.. suara dah takde kembali.

Betapa la hecticnya life saya lately. Sungguh kurang kualiti masa dengan Maha Pencipta. Sangat malu. Sangat malu..

Dan betapa la dasatnya saya bekerja. Sebab tu la saya kena reward diri sendiri dengan Snowfly, Ms. Read, Braun Buffel, Ariani, De Zahra, Fareeda, Elle, dan yang seangkatan dengannya - dah saya revealed jua akhirnya walaupun pada awalnya cuba disorokkan - sebahagiannya sepertimana Ruangan Hawa di blogroll di sebelah kanan.


Maka disebabkan terlalu banyak kes lupa, kes tertinggal dan kes tak sempat, yang mana bukan lagi kes terpencil, maka dengan ini saya mengisytiharkan bahawa saya akan bercuti selama seminggu bermula 9 Ogos 2010 bagi merehatkan diri dan minda, memulihkan kembali kesihatan yang masih belum pulih, memantau bibik (bibik I sampai Sabtu ni you!) dan yang paling utama.. untuk menyambut Ramadhan Al-Mubarak (antara azam saya ialah bercuti setiap 1 Ramadhan-tercapai jua akhirnya-Alhamdulillah).

*baru dapat merasai betapa bahagianya cuti saya selama 11 bulan 4 tahun lepas.. always appreciate what we have in life..

2 comments:

Noorz said...

Dear, InsyaAllah akan lebih terurus lepas nih kerna kerja2 outsourcing leh dibuat bermula sabtu nih. Anyway moga dpt yang baik

Anonymous said...

Salam Nono,
Selamat bercuti dan jadik trainer. Moga urusan dimudahkan.

~naza