Tuesday, August 03, 2010

Lambang Keanggunan Wanita Bertudung

"Sekali-kali tidak akan menimpa kami melainkan apa yang telah ditetapkan oleh Allah bagi kami. Dialah Pelindung kami dan hanya kepada Allah orang-orang beriman harus bertawakkal."

(At-Taubah : 51)

=========================================================================================

Plan
asal nak pegi Jumaat time lunch hour tapi tak sempat dek kerana ada hal yang tak dapat dielakkan. Usaha
jugak aku pegi petang Jumaat lepas office hour. Lepas mintak kebenaran kanda dan kanda bersetuju, aku on je. Hiks!

Cubaan untuk memandu sepantas kilat ala-ala Gaban Z bertukar baju tidak berjaya. Kereta pun hanya bercc 660. Melainkan aku menukar kepada enjin turbo. Pasti menuju kejayaan. Hari Jumaat pula maklum sahajalah. Massive jammed. Ditambah lagi hujan yang turun bagaikan mutiara bersinar berkilau berkerdipan. Banyak sungguh faktor penyebab ketidaklajuan proses untuk tiba ke destinasi.

Su follow aku. Nak cari jugak barang tu katanya. Dan kami tiba di Bangi jam 6.30 petang dengan selamat.

Lepas panjat tangga, tu diaaaa.. senyumku lebar hingga ke telinga.

Berjaya jua aku mendapatkan Suraiya V-Shape bersulam dan Selendang 2 Layer. Sepertimana kulihat di laman sesawang mereka, sepertimana tagline mereka seperti tajuk post aku kali ini. Su pun tidak melepaskan peluang merembat 2 jugak. Heheh.. bahagia.

Kata kanda.. tiap-tiap minggu beli tudung yer. Jawab aku.. mana ada tiap-tiap minggu.. dah lama kutahan nafsu nafsi nak beli tudung ni. Rasanya kali ni je yang beriya aku beli tudung. Sebelum ni mana ada. Pakai je tudung yang aku beli masa mula-mula keje dulu. 10 tahun tau. Kan ke sedih dan terharu mendengarkan kisah aku..

Keperluan anak-anak tetap menjadi keutamaan until aku rasa semua dah dipenuhi, keperluan aku la pulak kan. Bak kata orang Terengganu, khije suku sembang, takkan takde reward untuk diri sendiri.

Buat Fat.. sori I jalan dulu sebab I desperate nak cari tudung nak pakai hari Rabu ni. Nak pegi wiken tu memang tak sempat. I takde tudung kaler tu my dear. Dun weri.. nanti kita pegi sama-sama. I dah aim satu lagi tudung. Patern Ibu namanya. Bersiap siaga ya.. kalau sempat Jumaat ni kita pantas dan tangkas ke sana. Kita lunch @ Asam Pedas. Heheh..

2 comments:

Noorz said...

Dear acu tunjuk sket tudung yang beli tuh..yang anggun habis tuh

fatty said...

saye nak ikot jugak!!!!