Sunday, August 29, 2010

ibu bekerjaya vs ..... part 5

"Para kekasih Allah adalah air wangi Allah di dalam dunia. Tetapi hanya orang-orang beriman yang benar dan jujur sahaja dapat menciumnya."

(Yahya bin Muadh Al-Razi)

=========================================================================================

Memang aku plan nak hantar bibik balik ke ejen 21 Ogos tapi masa tu aku masih confused until buat istikharah.. Allah tunjuk jalan kat aku.. aku dapatkan second opinion..


Kata kak Long dia ni panjang langkah. Afterall she is not the one that you've choose at first place. Memang ya. Dia tak meet semua criteria yang aku perlu. Dia widow, umur tak sampai 30, orang Jawa Timur dan pernah keje kat Malaysia. Aku amik jugak sebab masa tu I have no choice.

Aku tanya Mak.
Kata Mak dia ni macam ada masalah jiwa.

Aku tanya bosses aku. One of the lady bos yang sentiasa rational, tidak emotional dalam menyelesaikan masalah. Bosses aku ni jugak dah senior yang ada banyak pengalaman handle bibik. Dah makan banyak garam orang kabo cuma takde penyakit darah tinggi je. Ini penting. Aku rasa pengalaman handle bibik ni bukan semua orang ada. Dan orang itulah yang perlu dirujuk untuk mintak pendapat.

Bos 1 : Hantar balik Norul. Once she has cheated you, she will do it again next time. Believe me.

Bos 2 : She looks unstable and the most important thing dia bukan jenis yang bersembahyang. If you ask me, I would say that.. send her back to your agent.


Both agreed
. Hantar balik. Dia bukannya Islamic based, jangan pegang kata-katanya. Dia dah berbohong. That's it. Dia dah pernah menyerah kalah. Walhal keje kat umah aku bukannya susah. Naim dah boleh managed himself. Najwa pun ok cuma nak kena mandikan dan nengok dia makan je. Najwa boleh main sendiri.

Dia bukan datang nak kerja. Dan yang paling utama.. dia pernah ada intention untuk lari. Dan niat tu takkan terkubur camtu je.


Bila aku citer kat kakak ipar aku pun camtu. Tambah pulak bila Kak Yanti baca autograf dia yang ada dalam simpanan aku tu. Kak Yanti ni pun banyak pengalaman ngan bibik. Kata Kak Yanti dia ni licik. Dia datang sini bukan nak jadi maid. Permit dia dapat tu hanya untuk dijadikan stepping stone untuk datang ke Malaysia.

Aku nekad. Sabtu depan aku mesti hantar dia ke ejen kat Melaka. Nekad.


bersambung..

No comments: