"Allah memegang jiwa (orang) ketika matinya dan (memegang) jiwa (orang) yang belum mati di waktu tidurnya, maka Dia tahanlah jiwa (orang) yang telah Dia tetapkan kematiannya dan Dia melepaskan jiwa yang lain sampai waktu yang ditetapkan. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang berfikir."
(Az-Zumar : 42)
(Az-Zumar : 42)
=========================================================================================
Sehingga di suatu petang selepas berbuka puasa. Dia melutut kepadaku. Mohon diampunkan kesalahannya.
"Saya bukan tuhan dapat ampunkan kamu. Kamu mohon ampun pada Allah. Allah melihat apa yang kamu kerjakan. Saya amanahkan kepada kamu jaga anak-anak saya dan jaga rumah saya. Berat sangat ke amanah tu?
Kamu mengkhianati saya, kecewakan saya. Hari pertama lagi dah berjanji dengan saya untuk amanah, jujur, takkan berbohong.. tapi apa yang kamu buat? Mana pegi janji kamu? Mana pegi janji kamu nak cari duit untuk menyara anak? Bohong semua tu. Bohong!
Apa lagi yang kamu nak. Makan kamu saya tanggung. Ada saya bezakan makanan kamu dengan makanan saya? Ada? Saya sediakan vitamin untuk kamu supaya kamu sentiasa sihat. Pakai kamu saya tanggung. B*r*k k*nc*ng kamu pun bil air saya yang bayar. Ada saya tolak duit gaji kamu? Ada saya kata letrik yang kamu guna tu saya kira? Apa lagi yang kamu nak? Berbohong tak henti. Ada lagi niat dalam hati nak lari. Tak tahu langsung bersyukur dengan setiap kurniaan yang Allah bagi. Apa guna sembahyang puasa kalau mulut sentiasa berbohong?"
Camtulah lagaknya kemarahan aku pada petang 19 Ogos itu seakan Nyonya Mansoor ketika memarahi Kassim Selamat di kuburan Sabariah di dalam filem Ibu Mertuaku - jauh sekali situasi jika di awalnya seakan Program ESQ.
Tuan-tuan dan puan-puan..
Saya bukanlah manusia yang mudah naik marah. Sedaya upaya saya cuba kawal perasaan marah. Kerana marah itu adalah dari syaitan.
Baju/seluar yang diiron berlubang, tudung Tie-Rack kesayangan saya hangus, pinggan corelle saya pecah (pinggan corelle pun pecah maa..), teapot import saya pecah, tupperware saya rosak kena api dapur (takleh tukar kan Saba.. huhu..), pili paip yang nak kena tukar every 2 months, semua tu disebabkan kecuaian bibik. Tapi saya tak marah. Janji anak-anak saya terjaga. Itu saja.
Once dia mintak maaf bila berbuat salah, sudah pasti saya akan maafkan tapi jangan ulangi lagi. Next time kena careful. Sebab bibik pun manusia biasa seperti saya. Terkadang berlaku perkara yang tak disengajakan. Harta boleh dicari ye dak?
Tapi bila dia berbohong, memang saya marah. Sebab kesannya akan dapat pada anak-anak saya. Selagi saya hidup, jangan ada manusia yang buat anak-anak saya susah. Jangan ada manusia yang cuba mengganggu anak-anak saya . Kemarahanlah habuannya.
Kalau dia lari, cemana ngan anak-anak saya kat rumah? Kalau dia lari sorang tu, boleh lagi saya usahakan bayar RM250 kat Imigresen. Cam saya kata sebelum ni, duit boleh dicari. Tapi kalau dia lari bukan sorang diri, wa iyauzubillah. Saya taknak sebut. Kata-kata ibu itu masin.
Sambung balik citer tadi. Maka berjurai-jurailah airmatanya memohon kemaafan diselang seli dengan lafaz maaf yang tak berkesudahan. Kata Mak dia hulurkan tangan nak bersalam denganku.
Aku soh dia sambung makan. Kata dia selagi aku tak maafkan dia, dia taknak gi makan. Ah tak kuasa aku nak pujuk semek oooiiiiii!!!!!!!
"Apa cara kamu untuk yakinkan saya yang kamu takkan ulangi lagi? Takde kan. Kalau mulut kamu cakap takkan buat, hati kamu saya tak tau. Allah saja yang tau apa yang ada dalam hati kamu. Niat jahat atau niat baik. Tapi besar macam mana pun kesalahan kamu saya tetap maafkan kerana siapalah saya untuk tidak memberi maaf kepada manusia lain. Cuma untuk saya percaya kepada kamu seperti sebelum ni memang kamu takkan dapat."
Anyway thank you very much my dear Zam for your concern ;-)
harap maaf.. siaran tertunda lagi..
3 comments:
Tak de apalah dear..InsyaAllah...malu I you mentioned my name ;)
kagum dgn kesabaran pn nono melayan kerenah bibiks nya...saya dah sakit pale,cam da serik pun iye,sakit jiwa la melayan diorg ni..ngan cina gak diorg gerun. gaji 600 tp x tau msk..isk..isk..
zam,
thank you again ;-)
milah,
letih sebenarnya nak layan karenah depa ni. tapi hidup ini tak banyak pilihan..
Post a Comment